MEMBUAT PERKHIDMATAN 'SUPRISE DELIVERY'

Nama

: AZLIZA BINTI ABDULLAH

Umur

: 36 TAHUN

Ahli

: 2018

Latar belakang

Puan Azliza merupakan seorang suri rumah. Pada mulanya, beliau hanya suka-suka sahaja membuat perkhidmatan surprise delivery dan menjual biskut dan perfume untuk mengisi masa lapang,tetapi apabila dapat meraih pendapat sendiri beliau mulai seronok untuk berniaga dan beliau mula serius dalam bidang ini. Puan Azliza telah mempelbagaikan perkhidmatan surprise delivery serta menambah pelbagai jenis biskut jualan serta menjadi pengedar sah minyak wangi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Menurut beliau, penggunaan internet pada masa kini amat penting. Untuk mencapai kejayaan, beliau telah menggunakan internet sepenuhnya untuk mempromosikan produk-produk beliau. Antaranya dengan membuka laman sesawang perniagaan, mencipta emel untuk kegunaan yang lebih efisyen antara perniagaan beliau dan pelanggan serta memuatnaik gambar-gambar berkaitan kerja dan perniagaan beliau ke dalam akaun facebookdan instagram milik perniagaannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan Online Marketing yang diadakan di Pusat Internet Kg. Padang Jambu, beliau kini telah mengetahui pelbagai jenis laman web perniagaan online lain yang dapat mempromosikan produk secara online. Beliau juga dapat belajar cara-cara menggunakan facebook, Instagram dengan lebih meluas lagi dan cara-cara mempromosi perniagaan menggunakan FB Ads dan Business Instagram. 

 .....................................................................................................................................................................................

USAHAWAN PERKHIDMATAN 'PRINTING & DESIGN'

Nama

: AHMAD MUHARIMI BIN ALI       

Umur

: 24 TAHUN

Ahli

: 2018

Latar belakang

Ahmad Muharimi merupakan pemilik kedai Blood Brothers Design Studio. Beliau menyediakan perkhidmatan cop baju dan cop jersey dengan kualiti yang terjamin dan harga yg termurah dan berpatutan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau ingin mempromosikan kedai dan perkhidmatan milik beliau di semua media sosial selain facebook dan beliau ingin kedai dan perkhidmatan beliau dikenali ramai. Oleh sebab itu, beliau mengikuti kelas Online Marketing untuk mencari pengetahuan dan meluaskan perniagaan milik beliau di media sosial. Beliau juga ingin mengetahui cara-cara mempromosikan perniagaan dengan betul di media sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas Online Marketing yang diadakan di Pusat Internet Kg. Padang Jambu, beliau kini telah mengetahui pelbagai jenis laman web perniagaan online lain yang dapat mempromosikan produk secara online selain facebook  yang dapat mempromosikan produk beliau.Pendapatan bulanan beliau semakin tinggi setelah mempromosi perniagaan di laman web perniagaan secara online yang lain. Juga beliau dapat belajar cara-cara yang betul mempromosikan perniagaan melalui media sosial.

 

BELAJAR INTERNET (LAMAN WEB PEMBELAJARAN)

Nama

: SITI NURNABILAH BINTI TAJUDIN

Umur

: 17 TAHUN

Ahli

: 2018

Latar belakang

Siti NurNabilah merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Padang Jambu dan bakal pelajar SPM 2018. Beliau merupakan anak bongsu daripada 5 orang adik beradik dan tinggal berdekatan dengan Pusat Internet Kampung Padang Jambu yang memudahkan kan dia untuk datang belajar di sini dan guna kemudahan yang ada untuk pembelajaran dan membuat kerja kursus untuk SPM.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Siti NurNabilah sentiasa datang ke Pusat Internet, tetapi hanya untuk menggunakan komputer untuk melayari facebook dan media sosial yang lain. Setelah mengikuti satu kelas pembelajaran di Pusat Internet, dia amat berminat membuat ulangkaji pembelajaran secara online dan menggunakan Microsoft Office untuk membuat kerja-kerja kursus.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Siti NurNabilah menggunakan kemudahan internet di Pusat Internet dengan kawan-kawannya. Dia menggunakan laman web pembelajaran dan kemudahan internet untuk mencari bahan pembelajaran membuat kerja-kerja kursus SPM

 

BELAJAR INTERNET (LAMAN WEB PEMBELAJARAN)

Nama

: ANIS NAZIHAH BINTI MOHD

Umur

: 15 tahun

Ahli

: 2016

Latar belakang

Anis Nazihah merupakan pelajar pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar Dungun dan Bakal pelajar PT3 2018. Merupakan anak pertama daripada 3 orang adik beradik dan tinggal berdekatan dengan Pusat Internet  Kampung Padang Jambu yang memudahkan kan dia untuk datang belajar di sini dan guna kemudahan yang ada untuk pembelajaran dan membuat kerja kursus.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Anis Nazihah sentiasa datang ke Pusat Internet, tetapi hanya untuk menggunakan komputer untuk melayari facebook dan media sosial yang lain. Setelah mengikuti satu kelas pembelajaran di Pusat Internet, dia amat berminat membuat ulangkaji pembelajaran secara online dan menggunakan Microsoft Office untuk membuat kerja-kerja kursus.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Anis Nazihah menggunakan kemudahan internet di Pusat internet dengan kawan-kawannya. Dia menggunakan laman web pembelajaran dan kemudahan internet untuk mencari bahan pembelajaran membuat kerja-kerja kursus.

 

USAHAWAN KERJA-KERJA WELDING

Nama

: S. NAZARUDDIN BIN MOHD NASIR

Umur

: 43 tahun

Ahli

: 2017

Latar belakang

Beliau merupakan seorang tukang besi yang berasal dari Kg Padang Jambu. Menjalankan perniagaan kerja-kerja welding selama hampir 5 tahun.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Menurut beliau, penggunaan internet pada masa kini amat penting. Untuk mencapai kejayaan, beliau telah menggunakan internet sepenuhnya sebagai medium perantaraan antaranya dengan membuka laman sesawang perniagaan, mencipta emel untuk kegunaan yang lebih efisyen antara perniagaan beliau dan pelangganserta memuatnaik gambar-gambar berkaitan kerja dan perniagaan beliau ke dalam akaun facebook milik perniagaannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Mengikut pendapat beliau, setelah beliau mempelajari cara penggunaan internet, beliau kini boleh menggunakan media social seperti facebook, whatsapp dan lain-lain untuk mempromosikan produk perniagaan. Selain itu, dengan adanya internet beliau turut mendapat informasi yang lebih mendalam tentang perniagaan yang diceburi untuk dibuat panduan dan rujukan. Beliau selalu ke PI untuk belajar promosi secara online.

 .....................................................................................................................................................................................

USAHAWAN DROPSHIP BARANGAN KESIHATAN & KECANTIKAN

Nama

: HASNIZAM BT HANAFI

Umur

: 38 TAHUN

Ahli

: 2017

Latar belakang

Puan Hasnizam merupakan seorang suri rumah. Pada mulanya, beliau menjual dan menjadi agent produk untuk mengisi masa lapang , tapi apabila dapat meraih pendapat sendiri beliau mulai seronok untuk berniaga dan beliau mula serius dalam bidang ini. Beliau menjual pelbagai barangan kecantikan dan kesihatan masa kini di laman social facebook miliknya sejak beberapa bulan yang lalu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Jualan melalui akaun Facebook sahaja tidak dapat meraih keuntungan tinggi lagi kerana ramai peniaga online mempromosi perniagaan melalui facebook dan persaingan di facebook sangat tinggi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Padang Jambu, beliau kini telah mengetahui pelbagai jenis laman web perniagaan online lain yang dapat mempromosikan produk secara online selain facebook  yang dapat mempromosikan produk beliau.Pendapatan bulanan beliau semakin tinggi setelah mempromosi perniagaan di laman web perniagaan secara online yang lain.

BELAJAR INTERNET (LAMAN WEB PEMBELAJARAN)

Nama

: CHE WAN NUR ALIAH 

Umur

: 16 tahun

Ahli

: 2009

Latar belakang

Che Wan Nur Aliah merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Padang Jambu dan bakal pelajar SPM 2018. Merupakan anak pertama daripada 4 orang adik beradik dan tinggal berdekatan dengan Pusat Internet Kampung Padang Jambu yang memudahkan kan dia untuk datang belajar di sini dan guna kemudahan yang ada untuk pembelajaran dan membuat kerja kursus.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Aliah sentiasa datang ke Pusat Internet, tetapi hanya untuk menggunakan komputer untuk melayari facebook dan media sosial yang lain. Setelah mengikuti satu kelas pembelajaran di Pusat Internet, dia amat berminat membuat ulangkaji pembelajaran secara online dan menggunakan Microsoft Office untuk membuat kerja-kerja kursus.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Aliah menggunakan kemudahan internet di Pusat Internet dengan kawan-kawannya. Dia menggunakan laman web pembelajaran dan kemudahan internet untuk mencari bahan pembelajaran membuat kerja-kerja kursus.