Malaysia dan Negeri Terengganu khususnya mempunyai kedudukan yang baik dengan anugerah alam semulajadi yang luas dan penuh dengan tarikan yang menakjubkan. Dengan lebih 70 peratus muka bumi yang masih diliputi pohon-pohon yang menghijau; 50 peratus darinya dalam bentuk hutan hujan tropika yang semula jadi, sebahagiannya warisan dari hutan hujan yang berusia lebih 30 juta tahun, apa yang mampu diolah oleh negara ini ke arah mewujudkan satu industri pelancongan yang unik,baik dan menarik.
Terengganu adalah salah satu destinasi percutian yang paling popular di Malaysia. Tarikan utama pelancongan negeri ini ialah pulau-pulaunya yang sangat cantik. Bukan itu sahaja,malah terdapat berbagai lagi tempat menarik di Terengganu yang boleh di lawati seperti tempat bersejarah,pantai peranginan, air terjun dan lain-lain lagi.
Setiap daerah di Negeri Terengganu ini mempunyai destinasi pelancongan yang tersendiri. Begitu juga di Daerah Dungun. Dungun juga mempunyai tempat yang menarik untuk di lawati oleh pelancong . Antara tempat menarik dan terkenal di Dungun ialah :-
Pulau Tenggol
Rantau Abang
Pantai Teluk Bidara
Pantai Teluk Lipat
Pantai Teluk Gadung
Pantai Batu Pelanduk
Pantai Tanjong Jara
Taman Rimba Bukit Bauk
Arena Merdeka
Taman Poket
Taman Tasik Tanjung Sura
Taman Bandar Teluk Gadung