Taman Tasik Tanjung Sura dibina di atas tapak seluas 0.8 hektar di tebing Sungai Dungun dengan kos RM 1.7 Juta. Lokasi Taman Tasik Tanjung Sura ini ialah berhampiran dengan UITM Terengganu Cawangan Dungun.Selain memberi keselesaan kepada penduduk setempat termasuk pelajar UITM Terengganu Cawangan Dungun yang sering melalui kawasan ini, Taman Tasik Tanjung Sura ini sebenarnya berpontensi untuk muncul sebagai produk pelancongan berasaskan alam semulajadi.Antara kemudahan yang disediakan di Taman Tasik Tanjung Sura ini ialah trek berjoging, pondok rehat, jeti, ruang niaga, tandas awam, bilik persalinan, lampu limpah dan peralatan permainan untuk kanak-kanak.

 

 

 

Terengganu sangat terkenal dengan persisir pantai yang cukup menarik terutama kawasan teluk. Pantai Teluk Bidara paling menarik dalam daerah Dungun terutama untuk sesi berkelah & mandi laut. Hari Jumaat,Sabtu & cuti umum memang penuh dengan pengunjung termasuk pelancong luar. 

Pantai Teluk Bidara terletak di Taman Rekreasi Pantai Teluk Bidara, Dungun, Terengganu, tidak jauh dari Kuala Dungun. Pantai-pantai di Dungun banyak yang berbatu, termasuklah pantai ini. Anda juga dapat melihat Pulau Tenggol di kejauhan dari pantai ini. Kemudahan-kemudahan asas seperti tandas, tempat berteduh, taman permainan kanak-kanak ada disediakan di sini.

Waktu sesuai mandi, berkelah & sesi pre-wedding

            -  Awal Febuari hingga akhir September (tidak digalakkan mandi pada musin tengkujuh)

- Waktu pagi hingga petang (bergantung pasang surut air)

- Jangan mandi berseorangan kecuali dengan pelampung

Cara nak pergi Teluk Bidara

- 10 minit perjalanan dari UiTM Dungun & Politeknik Dungun

- 15 minit perjalanan dari Rantau Abang

- Cari Kampung Seberang & ikut laluan persisir pantai.

 

 

 

SEJARAH PENUBUHAN

Ilham penubuhan Muzium Daerah timbul hasil Pelancaran Wilayah Ekonomi (ECER) oleh Y. A. B. Perdana Menteri Malaysia pada 28 Oktober 2007 yang menekankan kepada penggalakkan pelancongan pesisir pantai, pulau, budaya dan warisan. Lembaga Muzium Negeri Terengganu mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar Daerah Dungun diadakan sebuah Muzium kerana sejak tahun 1930an, ia terkenal di seluruh dunia berkaitan dengan perlombongan bijih besi di Bukit Besi, Dungun. Majlis 'soft opening' Muzium Daerah Dungun dilancar pada 19 Ogos 2008.

 

OBJEKTIF PENUBUHAN 

Memulihara bangunan bersejarah untuk tatapan generasi kemudian. 

Memupuk semangat mengenali dan menghayati senibina Islam. 

Memupuk semangat menghargai warisan sejarah tempatan. 

Sebagai satu sumber rujukan dan penyelidikan para pelajar Sekolah, Maktab, Universiti dan orang perseorangan. 

Memupuk rasa bangga akan kehebatan rekacipta generasi terdahulu serta membangkitkan nostalgia silam. 

Menjadikan sebagai sebuah Muzium Daerah yang fokus utamanya. 

Menjadi aset kepada industri pelancongan. 

     Bangunan Muzium Daerah Dungun ini adalah bekas kediaman rasmi Pegawai Daerah. Ia telah dibina pada 1941 di lot bernombor 3585 dan juga merupakan Bekas tempat kediaman Penasihat British yang melawat daerah ini pada ketika itu. Ia menyimpan pelbagai khazanah dan sejarah Dungun yang telah lama wujud di sebelah Pantai Timur Semenanjung di Kepulauan Alam Melayu ini.

    Di dalam ruang dalamnya kita dapat melihat pelbagai artifak dan koleksi yang menjadi lambang atau ikon daerah yang dinamakan bersempena nama pokok ini. Di antara koleksi penting ialah seramik daripada kapal karam Portugis, barangan artifak dari kapal China zaman Maharaja Wanli (1573-1620) daripada Dinasti Ming, bijih besi, gelang batu, alat-alat muzik kesenian daerah, gambar-gambar tokoh tersohor serta gambar-gambar peristiwa bersejarah yang berlaku di daerah Dungun.dibuka pada setiap hari Sabtu hingga Khamis dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan masuk adalah percuma. Ia ditutup pada hari kelepasan am.

 

 

 

 

 

   Bukit Tebuk  cukup sinonim dengan penduduk negeri Terengganu khususnya penduduk daerah Dungun pada suatu masa dahulu. Bukut Tebuk ini merupakan salah satu tempat yang telah diwartakan sebagai tempat bersejarah di Dungun Terengganu. Bukit ini telah ditebuk untuk dibuat terowong laluan kereta api pada suatu masa dahulu. Sebab itulah ianya dikenali sebagai Terowong Bukit Tebuk. Lokasinya terletak di Kampung Nibong Kubur.

    Terowong Bukit Tebuk ini dibina pada tahun 1935 dan siap pada tahun 1936 dan digunakan sebagai laluan kereta api mengangkut bijih besi dan pelombong dari Bukit Besi ke pelabuhan Sura Gate yang terletak di Pantai Teluk Lipat. Laluan kereta api ini telah dihentikan operasinya sekitar tahun 1970an selepas lombing bijih besi di Bukit Besi ditutup. Namun terowong ini masih digunakan lagi pada maa sekarang cuma fungsinya sahaja yang telah berbeza. Penduduk sekitar menjadikan terowong ini sebagai laluan alternatif untuk ke jalan utama Kuantan - Kuala Terengganu bagi mengelak kesibukkan di pusat bandar dan juga laluan penduduk untuk ke bandar Dungun.

     

     Pulau Tenggol terletak di laut Terengganu berdekatan Dungun. Pulau Tenggol masih terpulihara dibandingkan dengan pulau-pulau lain. Ia adalah sebuah pulau di pesisir pantai Terengganu yang cukup istimewa untuk dikunjungi. Jika diperhatikan Pulau Tenggol ini mempunyai satu kawasan sahaja yang berpantai iaitu bahagian yang menghadap tanah besar. Selain dari itu hanya tebing batu.

     Ia terdiri dari beberapa buah pulau-pulau kecil yang menjadi syurga penyalam scuba untuk melihat kehidupan marin dengan dekat.Seperti juga Pulau Redang, Pulau Tenggol ialah sebuah taman merin (merin park) yang diwartakan.

     Pulau ini kecil – hanya 3 km panjang dan 2 km lebar. Bagaimanapun ini tidak menghalamgnya dari dianggap  sebagai “syurga”  lebih-lebih lagi di kalangan penggemar aktiviti menyelam scuba

     Pendalaman pulau ini dipenuhi  tebing batu yang curam. Bentuk mukabumi yang berbatu ini menggunjur dari pedalaman pula uterus ke laut membentuk pinggir tebing yang curam di bawah laut seperti dinding kanvas bagi hidupan laut – yang tidak jemu di kunjungi penyelam scuba.

 

    Selaman skuba dan snorkeling ialah antara aktiviti utama di Pulau Tenggol. Antara hidupan laut yang boleh dilihat di sini ialah Karang Lembut (soft coral), Nudibranch, Seaweed, Batfish, Penyu Laut, Napoleon Wrash, Clownfish (nemo fish) dan Jerung Paus. 

      Tempat-tempat selaman yang mesti dilawati sekiranya anda ke sini ialah Teluk Air Tawar,Rajawali, Tokong Batu, Tokong Timur dan Tanjung Gemuk.

Penginapan:

Jika anda merancang bermalam di Pulau Tenggol, di sini terdapat sebuah resort iaitu Tenggol Island Resort (Tenggol Aqua Resort) yang terletak di Telok Air Tawar. 

Bagaimana nak ke sini?

Dari jeti Kuala Dungun, anda perlu menyewa bot laju untuk sampai ke Pulau Tenggol Untuk tujuan selaman skuba, kadar sewa yang dikenakan dari RM600-700 untuk sebuah bot sehari (maksimum 6 orang). Perjalanan dengan bot laju mengambil masa 40 minit. Sekiranya anda ke sana dengan bot nelayan biasa, perjalanan akan mengambil masa kira-kira 2 jam.

Bilakah waktu sesuai nak ke sini?

Elakkan datang ke sini dari bulan November hingga March kerana Musim Tengkujuh yang melanda Pantai Timur. Di waktu ini, tiada aktiviti sukan air dan sesetengah resort mungkin ditutup