Selaras dengan kemajuan Terengganu, Kampung Padang Jambu yang terletak dalam Mukim Kuala Dungun kini telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas. Kemudahan Insfrastruktur yang disediakan Majlis Perbandaran Dungun dan juga Kerajaan Negeri Terengganu ini adalah untuk memudahkan segala urusan penduduk kampung. Antara kemudahan asas yang disediakan ialah :

BIL

JENIS KEMUDAHAN ASAS

JUMLAH

1

BALAI JPKK

1

2

 TABIKA KEMAS

1

3

PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDI)

1

4

MASJID

1

5

PADANG BOLA

1

6

PADANG FUSTAL

1

7

KLINIK DESA

1

8

SURAU

1

9

BANGUNAN FARDU AIN

1

10

PONDOK KRT

1

11

KEDAI RUNCIT

5

12

KEDAI MAKAN

5

13

KEDAI GUNTING RAMBUT

2

14

KEDAI MENTAH BASAH

2

15

BENGKEL MOTOR

1

Balai JPKK ini terletak dalam kawasan Padang Jambu dan bersebelahan dengan PUSAT EKONOMI DIGITAL(PEDI) . Balai J3K ini digunakan untuk menjalankan aktiviti yang dilakukan penduduk setempat seperti mengadakan mesyuarat , mengadakan majlis jamuan,aktiviti kemaysarakatan seperti gotong royong dan sebagainya.

              

                                    

Antara aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat setempat di balai JPKK  Kampung Padang Jambu

Masjid Nurul Ehsan Kg Padang Jambu adalah satu-satunya masjid yang digunakan oleh penduduk kawasan Kg Padang Jambu dan juga penduduk kampung lain yang berhampiran dengan kawasan ini.

Fungsi Masjid Nurul Ehsan ialah merupakan tempat solat berjemaah seperti menunaikan solat Jumaat , Solat Hari Raya, mengadakan ceramah, majlis-majlis ilmu,bacaan yaasin, doa selamat dan lain-lain lagi kegiatan agama.

Masjid Nurul Ehsan Kg Padang Jambu juga banyak menganjurkan aktiviti contohnya seperti Majlis Asyura,Khatam Alquran dan lain-lain lagi.

 

 

Kampung Padang Jambu telah menyediakan beberapa kemudahan sosial dan rekreasi untuk penduduk Kampung Padang Jambu . Antaranya ialah : 

1.Padang 

Penduduk setempat boleh meluangkan masa mereka dengan aktivit sukan seperti bermain Bola Sepak,Olahraga,Sukaneka,Sukan Tahunan dan sebagainya. Tidak kira usia seperti kanak-kanak,remaja dan dewasa. padang ini digunakan hampir setiap hari untuk bermain bola sepak oleh belia. Padang ini terletak bersebelahan Pusat Internet 1Malaysia Kampung Padang Jambu.

 

 

2.Gelanggang Futsal

Gelanggang futsal terletak berhadapan dengan Pusat Internet 1Malaysia Kampung Padang Jambu. Seringkali digunakan oleh belia untuk bermain futsal pada waktu petang dan juga malam. Bukan sahaja belia kampung juga belia dari kampung lain turut menggunakan gelanggang ini dan seringkali mengadakan Pertandingan Futsal Peringkat Kampung.

 

3.Gelanggang Takraw

Gelanggang takraw terletak berhadapan dengan Pusat Internet 1Malaysia Kampung Padang Jambu. Seringkali digunakan oleh penduduk untuk bermain takraw pada waktu petang. Penduduk Kampung juga seringkali mengadakan Pertandingan Takraw Peringkat Kampung.