Kampung Padang Jambu telah menyediakan beberapa kemudahan sosial dan rekreasi untuk penduduk Kampung Padang Jambu . Antaranya ialah : 

1.Padang 

Penduduk setempat boleh meluangkan masa mereka dengan aktivit sukan seperti bermain Bola Sepak,Olahraga,Sukaneka,Sukan Tahunan dan sebagainya. Tidak kira usia seperti kanak-kanak,remaja dan dewasa. padang ini digunakan hampir setiap hari untuk bermain bola sepak oleh belia. Padang ini terletak bersebelahan Pusat Internet 1Malaysia Kampung Padang Jambu.

 

 

2.Gelanggang Futsal

Gelanggang futsal terletak berhadapan dengan Pusat Internet 1Malaysia Kampung Padang Jambu. Seringkali digunakan oleh belia untuk bermain futsal pada waktu petang dan juga malam. Bukan sahaja belia kampung juga belia dari kampung lain turut menggunakan gelanggang ini dan seringkali mengadakan Pertandingan Futsal Peringkat Kampung.

 

3.Gelanggang Takraw

Gelanggang takraw terletak berhadapan dengan Pusat Internet 1Malaysia Kampung Padang Jambu. Seringkali digunakan oleh penduduk untuk bermain takraw pada waktu petang. Penduduk Kampung juga seringkali mengadakan Pertandingan Takraw Peringkat Kampung.