Program Lesen Motor Terengganu Sejahtera PERCUMA Rakyat Terengganu

             

1. Program LESEN Motosikal B2. 
2. Dibuka utk 25000 org yg layak. 
3. Permohonan mesti disi melalui Atas Talian @ Online atau menggunakan borang secara manual.
4. Berumur dr 16-40 tahun
5. Bujang atau sudah berkahwin
6. Anak jati Terengganu atau bermastautin lbh 10 tahun. Pengesahan Penghulu atau MPKK di perlukan.
7. Permohonan pertama kali pertama shj.
8. Pendapatan tdk lbh drp RM2000 sebulan
9. Pelajar sekolah, IPT, puasat kemahiran layak dan perlu disahkan masih belajar oleh pusat pengajian atau penghulu mukim atau MPKK
10. Latihan @ kursus dlm negeri Terengganu shj. 
11. Borang permohonan melalui I-Dana hendaklah dicetak & disahkan oleh MPKK bersama dokumen diperlukan;
* Kad Pengenalan
* Slip gaji atau Pengesahan tempat pengajian
* tiada slip gaji, kemukakan Surat Pengakuan Pendapatan disahkan Penghulu atau MPKK
* Pemohon OKU bg LESEN B2 ini perlu bersama salinan Kad OKU
12. Bebas drp saman JPJ atau Polis. Jika ada pemohon perlu lebih dahulu menjelaskan saman JPJ atau PDRM. 
13. Pendaftaran dibuka bermula 1 Februari - 1 Mac 2019.
14. Pelaksanaan program bermula 15 April 2019
15. Kos ditanggung oleh kerajaan negeri adalah kos buat LESEN shj tidak termasuk kos lain² yg dikenakan oleh institut memandu. 
16. Pemohon yg berjaya akan dihubungi oleh pihak urusetia & semakan boleh dilayari sesawang http://idana.terengganu.gov.my/ slps 1 April 2019

Untuk HEBAHAN kepada Rakyat Terengganu

http://www.negaraku.com/ekspresi/terengganu/larian/pendaftaran/

1.Larian Bendera Negaraku terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja. Tiada had umur ditetapkan.

2.Pendaftaran atas talian dan Cabutan bertuah hanya terbuka kepada peserta berumur 15 tahun ke atas sahaja. Peserta yang berumur bawah 18 tahun diwajibkan datang bersama ibu-bapa/penjaga.

3.T-Shirt adalah terhad untuk 3000 orang dewasa yang pertama untuk mendaftar sahaja. Tiada saiz untuk kanak – kanak. 

4.Setiap peserta yang telah membuat pendaftaran atas talian perlu membuat pengesahan pendaftaran dan mengutip kupon larian pada hari Jumaat, 13hb Oktober 2017 di Khemah Utama Ekspresi Negaraku, Dataran Dewan Merdeka, Dungun, Terengganu dari pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang.

5.Peserta hanya boleh membuat kutipan baju dan bib nombor dengan kupon yang telah diterima semasa pengesahan pendaftaran. Kaunter Kutipan baju dan bib nombor akan dibuka dari pukul 6.00 pagi sehingga 7.00 pagi pada hari Sabtu 14hb Oktober 2017 di Khemah Sekretariat Larian Bendera Negaraku, Dataran Dewan Merdeka, Dungun, Terengganu.

6.Peserta dinasihatkan untuk membuat perancangan untuk sampai ke tapak acara dari pukul 5.40 pagi dan sebelum pukul 6.40 pagi, untuk mengambil bahagian dalam acara larian ini tanpa sebarang kesukaran.

7.Peserta yang lewat hadir iaitu selepas pukul 7.00 pagi pagi tidak akan dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam larian dan ianya akan mengakibatkan kehilangan peluang untuk menyertai cabutan bertuah.

8.Hanya peserta yang mengambil bahagian dalam larian akan layak untuk menyertai cabutan bertuah.

9.Walaupun langkah berjaga-jaga akan diambil oleh pihak penganjur namun bagi memastikan keselamatan peserta, peserta digalakkan untuk mendapatkan pemeriksaan perubatan dan/atau berunding dengan pakar perubatan sebelum pendaftaran dan sebelum hari acara.

10.Pihak penganjur berhak untuk menangguhkan permulaan acara larian sekiranya berlaku hujan lebat atau ribut petir atau keadaan cuaca yang melampau. Sekiranya keadaan cuaca buruk berterusan selepas penangguhan pelepasan larian, pihak penganjur berhak untuk membatalkan perlumbaan. Sekiranya berlaku hujan atau ribut petir atau malapetaka atau bencana alam yang mengakibatkan penangguhan atau pembatalan acara di atas, pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang tuntutan yang dibuat oleh mana-mana individu atau pihak yang berkenaan.

11.Pihak penganjur berhak untuk menggunakan mana-mana gambar (termasuk gambar peserta), rakaman video, atau rakaman melalui media lain untuk acara itu yang diambil sebelum, semasa dan selepas acara Larian Bendera Negaraku, untuk sebarang perkara yang sah termasuk pengiklanan komersial dan pengagihan kepada penaja.

Permohonan Online Program Dana Bakti Remaja 2017 akan dibuka mulai 16 Januari sehingga 15 Februari 2017.

Permohonan Online ini di WAJIBKAN kepada semua pemohon yang lama dan baharu. Syarat adalah seperti berikut :-

  • Pemohon mestilah rakyat Negeri Terengganu
  • Wajib berdaftar Suruhanjaya Pilihanraya (Bagi pemohon berumur 21 tahun pada tahun 2017 dikecualikan daftar Suruhanjaya Pilihanraya)
  • Berumur 21 tahun - 40 tahun dan belum berkahwin
  • Gaji tidak melebihi RM1500.00
  • Permohonan boleh dibuat di laman sesawang http://danattb.terengganu.gov.my
  • Mencetak borang permohonan dan dapatkan pengesahan daripada Pengerusi J3K masing-masing
 
* Permohonan sedia ada (tahun 2016) wajib isi baru semula