Majlis Berbuka Puasa 2017 & Sumbangan AidilFitri anjuran Penyelaras Dun Sura bersama Pejabat Daerah Dungun bertempat di Padang Bola Kg Padang Jambu pada 11 Jun 2017
PERMOHONAN DANA HARI RAYA AIDILFITRI 2017
- Permohonan Dana Hari Raya Aidilfitri dibuka bermula 1 April 2017 hingga 21 April 2017. Bagi pemohon baru yang tidak pernah terima pada tahun 2016, diminta membuat permohonan secara online. Manakala bagi pemohon yang telah terima pada tahun 2016, dinasihatkan membuat semakan maklumat permohonan sama ada melalui online atau melalui pengerusi JKKK masing-masing. Sebarang perubahan kategori, parlimen, dun dan kampung perlu dimaklumkan dalam tempoh masa permohonan ini dibuka.
- Adalah diingatkan supaya kesemua pemohon perlu mematuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Pastikan maklumat permohonan adalah tepat dan lengkap.
- Bagi pemohon kategori Pendapatan Rendah/Miskin, adalah WAJIB mengisi maklumat tanggungan (anak-anak) dan maklumat pasangan (mereka yang berkahwin). Manakala yang bujang (belum pernah berkahwin), mestilah berumur 41 tahun ke atas sahaja.
- Pemohon dikalangan Ibu Tunggal/Duda adalah perlu memohon kategori Ibu Tunggal/Duda, BUKAN Pendapatan Rendah/Miskin. Maklumat permohonan perlu disertai maklumat tanggungan (jika ada).
- Pemohon yang telah lulus bagi permohonan Transformasi Orang Muda (TOM) dan Dana Hari Raya Cina 2017 tidak layak memohon.
- Permohonan dan semakan boleh dibuat melalui http://danattb.terengganu.gov.my .Syarat-syarat kelayakan lain juga boleh didapati melalui laman web tersebut.
- Pemohon baru perlu mencetak borang dan hantar kepada pengerusi JKKK masing-masing sebelum atau pada 21 April 2017.
- Kegagalan memenuhi syarat-syarat kelayakan boleh menyebabkan permohonan ditolak.
- Sebarang pertanyaan, boleh hubungi pejabat daerah atau pejabat Agensi Transformasi Rakyat (ATRA) yang berdekatan.
SELAMAT DATANG KE KG PADANG JAMBU,23000 DUNGUN, TERENGGANU
LOGO KG PADANG JAMBU
MAKSUD LOGO :
DAUN (HIJAU) : Melambangkan Ketenangan Fikiran Penduduk Kg. Padang Jambu
SIMBOL ‘ J ’ (KUNING) : Menlambangkan Keceriaan Penduduk Kg. Padang Jambu
BENTUK BULAT (BIRU MUDA) : Melambangkan Kepadatan Penduduk Kg. Padang Jambu
MOTO : Kampung Bersih Rakyat Ceria
WAWASAN KAMPUNG : “Kg. Maju, Berilmu dan Berekonomi”
VISI : Sebuah Kampung Dan Rumah Yang Tersusun,Teratur Dan Selesa
MISI : Terus Berusaha Untuk Menjayakan Keselesaan Penduduk Kampung Selaras Dengan Perkembangan Arus Pemodenan Sekarang
OBJEKTIF KAMPUNG :
- Mewujudkan masyarakat yang berilmu dan berdaya saing dari segi mental dan fizikal.
- Melahirkan generasi berfikiran optimis serta berwawasan.
- Menaikkan taraf hidup dan peningkatan ekonomi masyarakat yang lebih efektif.
- Mewujudkan kampung yang terususun, indah dan keselesaan kepada penduduk.
Peta Kampung Padang Jambu
DUN Sura merangkumi Mukim Kuala Dungun dan sekarang terdapat 19 buah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang berada di bawah Mukim Kuala Dungun. Terdapat seorang penghulu bagi Mukim Kuala Dungun iaitu EN ROSDI BIN MENONG.
PARLIMEN : DUNGUN
NAMA YB AHLI PARLIMEN : Y.B USTAZ HAJI WAN HASAN BIN RAMLI
DEWAN UNDANGAN NEGERI : SURA
NAMA YB ADUN : Y.B HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK
DAERAH/JAJAHAN/BAHAGIAN : DUNGUN
NAMA PEGAWAI DAERAH : TUAN HJ MOHD AKIL BIN HAJI MAT
MUKIM / DAERAH : EN ROSDI BIN MENONG
KETUA KAMPUNG : EN ISKANDAR ALI BIN JUSOH ALI
INFO PENDUDUK
- JUMLAH KESELURUHAN PENDUDUK : 933 ORANG
- KESEMUA PENDUDUK KG PDG JAMBU ADALAH KAUM MELAYU
JANTINA
JANTINA |
JUMLAH |
LELAKI |
439 ORANG |
WANITA |
494 ORANG |
UMUR
UMUR |
LELAKI |
WANITA |
60 TAHUN KE ATAS |
77 |
89 |
40 – 59 TAHUN |
138 |
147 |
18 – 39 TAHUN |
156 |
170 |
13 – 17 TAHUN |
30 |
36 |
12 – 6 TAHUN |
26 |
32 |
0 – 5 TAHUN |
12 |
20 |
JUMLAH |
439 |
494 |
PEKERJAAN
BIL |
PEKERJAAN |
JUMLAH |
1 |
KERAJAAN/BADAN KERKANUN |
96 |
2 |
PERNIAGAAN BORONG/RUNCIT |
22 |
3 |
PEMBINAAN |
48 |
4 |
PERTANIAN |
2 |
5 |
PEMBUATAN/PERKILANGAN |
22 |
6 |
NELAYAN |
8 |
7 |
KEDAI KOPI/MAKAN |
10 |
8 |
MENGANGGUR |
5 |
9 |
BURUH DLL |
105 |
JUMLAH |
318 |