Pusat Internet (Community Broadband Centre) Kampung Padang Jambu, Dungun, Terengganu mengucapkan Selamat Datang dan Terima Kasih kepada anda yang sudi melawat Laman Web kami. Pusat Internet merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat dan mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan PI Kampung Padang Jambu sebagai rangkaian setiap lapisan komuniti melalui internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian komuniti berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020.
Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap PI diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan di mana isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan.
Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan PI sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut :
E-Perkhidmatan Kerajaan (e-Govenment)
E-Pembelajaran (e-Learning)
Pengumpulan dan pertukaran maklumat
Pusat Komunikasi
Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian
Pusat peperiksaan dan persijilan.
Pusat Internet ini ditubuhkan bagi membuka ruang kepada komuniti luar bandar untuk mempelajari segala bentuk ilmu yang berkaitan dengan IT dan penggunaan komputer dengan objektif program menyediakan perkhidmatan infrastruktur komunikasi dan kemudahan capaian internet bagi merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan komuniti di bandar. Selain itu, peranan turut dimainkan oleh Perpustakaan Desa sebagai pusat rujukan buku-buku ilmiah dan majalah.
Pusat Internet dilengkapi kemudahan dan kelengkapan seperti beberapa buah komputer, mesin pencetak (printer), mesin pengimbas (scanner) dan kemudahan internet percuma. Segala kemudahan ini disediakan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Telekom Malaysia Berhad di bawah penyeliaan MSD Intelligence Sdn. Bhd.
Waktu Operasi
PI Kg. Pdg Jambu beroperasi pada setiap hari (Isnin – Ahad) bermula dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
*PI akan ditutup pada hari cuti umum .
Waktu Operasi |
Masa |
Setiap Hari |
9.00 pagi– 6.00 petang |
Rehat |
1.00 - 2.00 petang |
Petugas
Terdapat 2 orang petugas yang mengendalikan PI Kg Padang Jambu iaitu Pengurus dan Penolong Pengurus.
JAWATAN |
NAMA PETUGAS |
PENGURUS |
Khairun Nisa Binti Abdul Hamid |
PEN. PENGURUS |
Zarina Binti Tajudin |
Perkhidmatan Yang Disediakan
1) Penggunaan Internet / Komputer
2) Pembelajaran kelas komputer secara percuma
KATEGORI |
CAJ |
Pendaftaran Ahli (Seumur Hidup) |
RM5 |
Ahli Berbayar |
RM1.00 ( I JAM) |
Bukan Ahli/Pelawat |
RM2.00 ( 1 JAM) |
Lain- Lain Perkhidmatan
PERKHIDMATAN |
CAJ |
|
AHLI |
BUKAN AHLI |
|
HITAM |
RM 0.40 ( 1 – 5 )
RM 0.20 (5 Dan Lebih) |
RM 0.70 ( 1 – 5 )
RM 0.50 ( 5 Dan Lebih) |
(BERWARNA ) |
RM 2.00 ( 1 – 5 )
RM 1.50 (5 Dan Lebih) |
RM 3.00 ( 1 – 5 )
RM 2.00 (5 Dan Lebih) |
FOTOKOPI |
RM 0.20 ( 1 – 5 )
RM 0.10 (5 Dan Lebih) |
RM 0.50 ( 1 – 5 )
RM 0.30 (5 Dan Lebih) |
SCAN |
RM 0.20 Sehelai |
RM 0.30 Sehelai |
LAMINATE |
A4 RM2.00
I/C RM1.00 |
A4 RM2.50
I/C RM1.50 |
Perkhidmatan Wifi Komuniti iaitu Kampung tanpa Wayar (KTW ) telah di buka Di Kampung Padang Jambu. Untuk Menggunakan Wifi Komuniti ini, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Sila ikuti panduan yang telah di berikan.