KESELAMATAN DI KG PADANG JAMBU
Oleh kerana Kampung Padang Jambu merupakan sebuah perkampungan yang sedang membangun dan mempunyai ramai penduduk, aspek keselamatan menjadi perkara utama bagi penduduk di sini. Badan keselamatan yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan keamanan di Kampung Padang Jambu ialah :
RUKUN TETANGGA
Kawasan Rukun Tetangga
Kg. Padang Jambu
23000 Dungun,
Terengganu Darul Iman
BADAN KESELAMATAN YANG TERDEKAT
DENGAN PEDI KG PADANG JAMBU
BALAI POLIS DUNGUN ( Mesra, Cepat Dan Betul )
BALAI POLIS DUNGUN
POLIS DIRAJA MALAYSIA
JALAN BALAI BESAR,
23000 DUNGUN,TERENGGANU.
TELEFON : 09-8482222
BALAI BOMBA DUNGUN
BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT DUNGUN
JALAN SUNGAI PENAGA
23000 DUNGUN, TERENGGANU
TELEFON : 09-8484444 FAKS : 09-8453420
TALIAN KECEMASAN : 994
JABATAN PERTAHANAN AWAM DUNGUN (JPAM)
PEJABAT PERTAHANAN AWAM DAERAH
JKR 49, JALAN YAHYA AHMAD
23000 DUNGUN,TERENGGANU
TEL : 09-8422030( BILIK GERAKAN ), 8422031(PEJABAT )
RELA
IKATAN RELAWAN RAKYAT MALAYSIA (RELA)
JALAN NIBUNG, KG MOLEK,
23000 DUNGUN,
TERENGGANU DARUL IMAN.
TEL : 09-8442525
Banjir?
Banjir atau juga disebut bah merupakan bencana alam yang berlaku apabila air menenggelami kawasan yang luas. Banjir bukan saja mampu merosakkan harta benda tetapi juga turut melibatkan kehilangan nyawa. Banjir juga mampu melumpuhkan ekonomi sesebuah negara. Sehubungan dengan itu, setiap rakyat Malaysia terutamanya yang tinggal di kawasan berisiko tinggi menghadapi banjir, harus peka dan bersiap sedia menghadapi ancaman tersebut agar tindakan awal dapat diambil bagi meminimumkan kerosakan dan mengurangkan kehilangan nyawa akibat banjir.
Apa Yang Menyebabkan Banjir Berlaku?
1. Hujan yang berterusan
2. Proses pembandaran
3. Hakisan sungai
4. Pemusnahan hutan
5. Sistem perparitan tidak terancang
Apa Kesan Yang Ditinggalkan Banjir?
1. Kerosakkan fizikal- Struktur bangunan rosak akibat limpahan air dalam tempoh yang panjang dan tanah runtuh juga mungkin berlaku.
2. Pencemaran bekalan air - Air bersih sukar dicari dan timbul masalah penyakit bawaan air.
3. Kemusnahan kawasan tanaman/pertanian -bekalan makanan berkurangan
Sebelum Banjir
- Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
- Pastikan sistem amaran banjir, cara ianya disampaikan dan maklumat persediaan banjir tempatan.
- Periksa lubang air samada longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak melimpah masuk melaluinya.
- Pastikan pusat pemindahan dan pusat bantuan bencana di tempat anda, buat plan dan latihan pemindahan kecemasan.
- Sediakan Peralatan Kecemasan.
- Pastikan seluruh ahli keluarga anda mengetahui Cara-cara Bertindak Semasa Kecemasan di rumah.
Sebelum Banjir - Semasa Tanda-Tanda Dikesan
- Dengar pengumuman dari radio.
- Penuhkan tong, bekas, sinki atau tab mandi dengan air bersih, semasa banjir air mungkin menjadi kotor.
- Bawa masuk perabot atau perkakas di luar rumah.
- Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama dalam bekas kalis air.
- Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
- Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.
Semasa Banjir - Di Dalam Rumah
- Dengar pengumuman dari radio.
- Bersedia dengan peralatan kecemasan.
- Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.
Semasa Banjir - Di Luar Rumah
- Pergi ke tempat yang tinggi dan selamat.
- Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus yang deras boleh menghanyutkan anda.
- Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir samada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
- Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
- Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
- Jangan minum air banjir.
Semasa Banjir - Di Dalam Kenderaan
- Jangan terus mengharungi kawasan banjir, berpatah balik.
- Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan anda dan tinggalkan ia, pergi ke tempat yang selamat.
Semasa Banjir - Semasa Pemindahan
- Apabila menerima arahan, segeralah berpindah.
- Berpindah awal sebelum air banjir meningkat atau semasa siang, ianya lebih mudah dan selamat.
- Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.
Selepas Banjir
- Dengar pengumuman radio atau tunggu arahan pihak berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
- Beri bantuan kepada jiran anda atau orang-orang yang kurang upaya (Orang tua, kanak-kanak atau orang-orang cacat).
- Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan ianya mungkin tidak selamat.
- Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya-bahaya yang tersembunyi.
Selepas Banjir - Semasa Memasuki Bangunan
- Pakai kasut.
- Periksa kerosakan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
- Periksa sebarang tanda kehadiran binatang atau serangga berbisa dan merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bersepah dilantai rumah anda.
- Perhatian siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.
Selepas Banjir - Periksa Ancaman Bahaya
- Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
- Periksa wayar elektrik yang terendam dalam air.
- Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
- Periksa bahan-bahan mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, disel dan sebagainya).
- Buang bahan-bahan makanan yang terendam atau terkena air banjir termasuk makanan dalam tin.
- Periksa kerosakan tangki septik untuk elekkan bahaya biologi.
- Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak berkuasa.