Klinik ini adalah dibawah kementerian kesihatan ianya adalah untuk kemudahan pemeriksaan kaum  ibu dan bayi.

Penduduk Kg. Padang Jambu amatlah mementingkan kesihatan dan oleh kerana itulah mereka sentiasa menjaga kebersihan kawasan rumah dan sekitar kampung. Hal ini penting bagi mengelakkan diri daripada sebarang jangkitan penyakit. Selain mengamalkan cara hidup dan pemakanan yang sihat, kewujudan klinik kesihatan kerajaan dan swasta turut menyumbang ke arah kesedaran, pentingnya penjagaan kesihatan dalam kalangan komuniti setempat.

 

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia. 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

~ tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;

~ bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.

~ sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;

~ membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;

~ memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan

~ membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas

 

Menawarkan perkhidmatan Perancangan Keluarga, Saringan Kanser Serviks & Payudara, Kaunseling.

Telefon : 09- 8441108

Alamat : Klinik Nur Sejahtera Dungun, PT 15814, Pusat Perniagaan Sura Jeti,

23000 Dungun, Terengganu

 

Kemudahan kesihatan juga merupakan salah satu kemudahan awam yang amat diperlukan untuk menjaga kebajikan dan kawalan kesihatan masyarakat dalam sesuatu kawasan. 

Kemudahan kesihatan merangkumi Hospital,Klinik Kesihatan,Klinik Desa dan Klinik Gigi. Kemudahan ini disediakan mengikut hierarki di Peringkat Negeri,Daerah dan tempatan.

Dasar pelaksanaan kesihatan adalah untuk menggalakkan dan menjamin masyarakat sihat dari segi fizikal dan mental.  Kemudahan kesihatan disediakan bertujuan untuk menyalurkan perkhidmatan pencegahan, rawatan dan pemulihan.

Dibawah adalah senarai Kemudahan Kesihatan yang ada di Dungun :

HOSPITAL/KLINIK KESIHATAN KERAJAAN

KLINIK SWASTA/PERGIGIAN

Hospital Dungun

Klinik Zam

Klinik Pergigian Dungun

Klinik An – Nur

Klinik Kesihatan Kuala Dungun

Klinik Rakyat

Klinik Desa 

Klinik Fatihah

 

Klinik Sura Gate

 

Klinik Raihan

 

Klinik Fatma

 

Klinik Pergigian Norlela

 

Klinik Pergigian Mustaffa

 

Klinik Pergigian Ehsan