Bukit Tebuk  cukup sinonim dengan penduduk negeri Terengganu khususnya penduduk daerah Dungun pada suatu masa dahulu. Bukut Tebuk ini merupakan salah satu tempat yang telah diwartakan sebagai tempat bersejarah di Dungun Terengganu. Bukit ini telah ditebuk untuk dibuat terowong laluan kereta api pada suatu masa dahulu. Sebab itulah ianya dikenali sebagai Terowong Bukit Tebuk. Lokasinya terletak di Kampung Nibong Kubur.

    Terowong Bukit Tebuk ini dibina pada tahun 1935 dan siap pada tahun 1936 dan digunakan sebagai laluan kereta api mengangkut bijih besi dan pelombong dari Bukit Besi ke pelabuhan Sura Gate yang terletak di Pantai Teluk Lipat. Laluan kereta api ini telah dihentikan operasinya sekitar tahun 1970an selepas lombing bijih besi di Bukit Besi ditutup. Namun terowong ini masih digunakan lagi pada maa sekarang cuma fungsinya sahaja yang telah berbeza. Penduduk sekitar menjadikan terowong ini sebagai laluan alternatif untuk ke jalan utama Kuantan - Kuala Terengganu bagi mengelak kesibukkan di pusat bandar dan juga laluan penduduk untuk ke bandar Dungun.