Klinik ini adalah dibawah kementerian kesihatan ianya adalah untuk kemudahan pemeriksaan kaum ibu dan bayi.
Penduduk Kg. Padang Jambu amatlah mementingkan kesihatan dan oleh kerana itulah mereka sentiasa menjaga kebersihan kawasan rumah dan sekitar kampung. Hal ini penting bagi mengelakkan diri daripada sebarang jangkitan penyakit. Selain mengamalkan cara hidup dan pemakanan yang sihat, kewujudan klinik kesihatan kerajaan dan swasta turut menyumbang ke arah kesedaran, pentingnya penjagaan kesihatan dalam kalangan komuniti setempat.