Masjid Nurul Ehsan Kg Padang Jambu adalah satu-satunya masjid yang digunakan oleh penduduk kawasan Kg Padang Jambu dan juga penduduk kampung lain yang berhampiran dengan kawasan ini.

Fungsi Masjid Nurul Ehsan ialah merupakan tempat solat berjemaah seperti menunaikan solat Jumaat , Solat Hari Raya, mengadakan ceramah, majlis-majlis ilmu,bacaan yaasin, doa selamat dan lain-lain lagi kegiatan agama.

Masjid Nurul Ehsan Kg Padang Jambu juga banyak menganjurkan aktiviti contohnya seperti Majlis Asyura,Khatam Alquran dan lain-lain lagi.