SEJARAH PENUBUHAN

Ilham penubuhan Muzium Daerah timbul hasil Pelancaran Wilayah Ekonomi (ECER) oleh Y. A. B. Perdana Menteri Malaysia pada 28 Oktober 2007 yang menekankan kepada penggalakkan pelancongan pesisir pantai, pulau, budaya dan warisan. Lembaga Muzium Negeri Terengganu mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar Daerah Dungun diadakan sebuah Muzium kerana sejak tahun 1930an, ia terkenal di seluruh dunia berkaitan dengan perlombongan bijih besi di Bukit Besi, Dungun. Majlis 'soft opening' Muzium Daerah Dungun dilancar pada 19 Ogos 2008.

 

OBJEKTIF PENUBUHAN 

Memulihara bangunan bersejarah untuk tatapan generasi kemudian. 

Memupuk semangat mengenali dan menghayati senibina Islam. 

Memupuk semangat menghargai warisan sejarah tempatan. 

Sebagai satu sumber rujukan dan penyelidikan para pelajar Sekolah, Maktab, Universiti dan orang perseorangan. 

Memupuk rasa bangga akan kehebatan rekacipta generasi terdahulu serta membangkitkan nostalgia silam. 

Menjadikan sebagai sebuah Muzium Daerah yang fokus utamanya. 

Menjadi aset kepada industri pelancongan. 

     Bangunan Muzium Daerah Dungun ini adalah bekas kediaman rasmi Pegawai Daerah. Ia telah dibina pada 1941 di lot bernombor 3585 dan juga merupakan Bekas tempat kediaman Penasihat British yang melawat daerah ini pada ketika itu. Ia menyimpan pelbagai khazanah dan sejarah Dungun yang telah lama wujud di sebelah Pantai Timur Semenanjung di Kepulauan Alam Melayu ini.

    Di dalam ruang dalamnya kita dapat melihat pelbagai artifak dan koleksi yang menjadi lambang atau ikon daerah yang dinamakan bersempena nama pokok ini. Di antara koleksi penting ialah seramik daripada kapal karam Portugis, barangan artifak dari kapal China zaman Maharaja Wanli (1573-1620) daripada Dinasti Ming, bijih besi, gelang batu, alat-alat muzik kesenian daerah, gambar-gambar tokoh tersohor serta gambar-gambar peristiwa bersejarah yang berlaku di daerah Dungun.dibuka pada setiap hari Sabtu hingga Khamis dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan masuk adalah percuma. Ia ditutup pada hari kelepasan am.