Malaysia dan Negeri Terengganu khususnya mempunyai kedudukan yang baik dengan anugerah alam semulajadi yang luas dan penuh dengan tarikan yang menakjubkan. Dengan lebih 70 peratus muka bumi yang masih diliputi pohon-pohon yang menghijau; 50 peratus darinya dalam bentuk hutan hujan tropika yang semula jadi, sebahagiannya warisan dari hutan hujan yang berusia lebih 30 juta tahun, apa yang mampu diolah oleh negara ini ke arah mewujudkan satu industri pelancongan yang unik,baik dan menarik. 

  Terengganu adalah salah satu destinasi percutian yang paling popular di Malaysia. Tarikan utama pelancongan negeri ini ialah pulau-pulaunya yang sangat cantik. Bukan itu sahaja,malah terdapat berbagai lagi tempat menarik di Terengganu yang boleh di lawati seperti tempat bersejarah,pantai peranginan, air terjun dan lain-lain lagi.

  Setiap daerah di Negeri Terengganu ini mempunyai destinasi pelancongan yang tersendiri. Begitu juga di Daerah Dungun. Dungun juga mempunyai tempat yang menarik untuk di lawati oleh pelancong . Antara tempat menarik dan terkenal di Dungun ialah :- 

Pulau Tenggol

Rantau Abang

Pantai Teluk Bidara

Pantai Teluk Lipat

Pantai Teluk Gadung

Pantai Batu Pelanduk

Pantai Tanjong Jara

Taman Rimba Bukit Bauk

Arena Merdeka

Taman Poket

Taman Tasik Tanjung Sura

Taman Bandar Teluk Gadung