Pulau Tenggol terletak di laut Terengganu berdekatan Dungun. Pulau Tenggol masih terpulihara dibandingkan dengan pulau-pulau lain. Ia adalah sebuah pulau di pesisir pantai Terengganu yang cukup istimewa untuk dikunjungi. Jika diperhatikan Pulau Tenggol ini mempunyai satu kawasan sahaja yang berpantai iaitu bahagian yang menghadap tanah besar. Selain dari itu hanya tebing batu.

     Ia terdiri dari beberapa buah pulau-pulau kecil yang menjadi syurga penyalam scuba untuk melihat kehidupan marin dengan dekat.Seperti juga Pulau Redang, Pulau Tenggol ialah sebuah taman merin (merin park) yang diwartakan.

     Pulau ini kecil – hanya 3 km panjang dan 2 km lebar. Bagaimanapun ini tidak menghalamgnya dari dianggap  sebagai “syurga”  lebih-lebih lagi di kalangan penggemar aktiviti menyelam scuba

     Pendalaman pulau ini dipenuhi  tebing batu yang curam. Bentuk mukabumi yang berbatu ini menggunjur dari pedalaman pula uterus ke laut membentuk pinggir tebing yang curam di bawah laut seperti dinding kanvas bagi hidupan laut – yang tidak jemu di kunjungi penyelam scuba.

 

    Selaman skuba dan snorkeling ialah antara aktiviti utama di Pulau Tenggol. Antara hidupan laut yang boleh dilihat di sini ialah Karang Lembut (soft coral), Nudibranch, Seaweed, Batfish, Penyu Laut, Napoleon Wrash, Clownfish (nemo fish) dan Jerung Paus. 

      Tempat-tempat selaman yang mesti dilawati sekiranya anda ke sini ialah Teluk Air Tawar,Rajawali, Tokong Batu, Tokong Timur dan Tanjung Gemuk.

Penginapan:

Jika anda merancang bermalam di Pulau Tenggol, di sini terdapat sebuah resort iaitu Tenggol Island Resort (Tenggol Aqua Resort) yang terletak di Telok Air Tawar. 

Bagaimana nak ke sini?

Dari jeti Kuala Dungun, anda perlu menyewa bot laju untuk sampai ke Pulau Tenggol Untuk tujuan selaman skuba, kadar sewa yang dikenakan dari RM600-700 untuk sebuah bot sehari (maksimum 6 orang). Perjalanan dengan bot laju mengambil masa 40 minit. Sekiranya anda ke sana dengan bot nelayan biasa, perjalanan akan mengambil masa kira-kira 2 jam.

Bilakah waktu sesuai nak ke sini?

Elakkan datang ke sini dari bulan November hingga March kerana Musim Tengkujuh yang melanda Pantai Timur. Di waktu ini, tiada aktiviti sukan air dan sesetengah resort mungkin ditutup