BELAJAR INTERNET (MEMASUKKAN DATA KERJA MENGGUNAKAN SISTEM ONLINE)

NAMA

: MOHD SABERI BIN MOHD ALI

UMUR

: 40TAHUN

AHLI

: 2018

Latar belakang

Encik Saberi merupakan penolong pegawai di Pejabat Pertanian Dungun. Beliau ke Pusat Internet Padang Jambu untuk tujuan menggunakan komputer dan internet untuk mengisi data pertanian secara atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Encik Saberi memang kurang mahir dalam menggunakan perisian Microsoft Office tetapi tahu serba sedikit dalam penggunaan internet. Beliau sangat berminat untuk mempelajari ilmu ICT dengan lebih mendalam lagi. Beliau sedar ilmu tersebut perlu ada untuk masa akan datang memandangkan sesetengah urusan kerja sekarang ini kebanyakannya melalui online.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas kerap kali datang untuk membuat pengisian data kerja dengan bantuan petugas Pusat Internet Kg Padang Jambu kini Encik Saberi mahir dalam penggunaan komputer. Selain itu, beliau juga didedahkan bagaimana untuk Klik dengan bijak iaitu keselamatan semasa melayari internet. Beliau boleh menggunakan computer sendiri tanpa bantuan petugas Pusat Internet untuk mengisi data-data kerja beliau.

MERUPAKAN STOKIS NUR SUSU KAMBING IMTIYAZ

NAMA

: NORAZLINA AZEH

UMUR

: 40 TAHUN

AHLI

: 2018

Latar belakang

Puan Norazlina merupakan Stokis Nur Susu Kambing Imtiyaz. Nur susu Kambing adalah susu kambing di dalam bentuk serbuk di dalam kotak 500 gm yang sesuai di minum bermula bayi seawal 1 tahun ke atas hingga warga tua.Beliau turut mencari agent Nur susu kambing di seluruh negeri.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebagai usahawan, beliau mempromosi perniagaan melalui mulut ke mulut , persatuan peniaga dan pelanggan tetap. Promosi melalui media social hanya dibuat dengan bantuan anak. Menurut Puan Norazlina, sebelum ini dia sememangnya kurang mahir dalam penggunaan komputer, dan juga kurang mahir bagaimana untuk menggunakan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau ke Pusat Internet Kg Padang Jambu dengan mengikuti kawannya ke program yang telah dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Padang Jambu dan disitulah dia mendapat pendedahan bagaimana cara untuk mempromosikan perniagaannya secara online dengan lebih efektif. Beliau juga sudah mahir menggunakan komputer.Beliau mula berjinak untuk mempromosikan perniagaan melalui facebook. 

BELAJAR INTERNET (MEMASUKKAN DATA KERJA MENGGUNAKAN SISTEM ONLINE)

NAMA

: ZULKIFLI BIN JUSOF

UMUR

: 55 TAHUN

AHLI

: 2015

Latar belakang

Encik Zulkifli merupakan penolong pegawai di Pejabat Pertanian Dungun. Beliau ke Pusat Internet Padang Jambu untuk tujuan menggunakan komputer dan internet untuk mengisi data pertanian secara atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Encik Zulkifli memang kurang mahir dalam menggunakan perisian Microsoft Office tetapi tahu serba sedikit dalam penggunaan internet. Beliau sangat berminat untuk mempelajari ilmu ICT dengan lebih mendalam lagi. Beliau sedar ilmu tersebut perlu ada untuk masa akan datang memandangkan sesetengah urusan kerja sekarang ini kebanyakannya melalui online.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas kerap kali datang untuk membuat pengisian data kerja dengan bantuan petugas Pusat Internet Kg Padang Jambu kini Encik Zulkifli mahir dalam penggunaan komputer. Selain itu, beliau juga didedahkan bagaimana untuk Klik dengan bijak iaitu keselamatan semasa melayari internet. Beliau boleh menggunakan computer sendiri tanpa bantuan petugas Pusat Internet untuk mengisi data-data kerja beliau.

MENJALANKAN PERNIAGAAN MENJUAL DAN MEMBEKAL PERALATAN DAPUR

NAMA

: WAN KASMAWATI BINTI WAN HUSAIN

UMUR

: 58 TAHUN

AHLI

: 2018

Latar belakang

Puan Wan Kasmawati menjalankan Perniagaan menjual dan membekal peralatan dapur seperti set pinggan mangkuk, bekas buffet kahwin, periuk serta menjual “doorgift” untuk perkahwinan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Wan Kasmawati kurang pengetahuan dalam mengendalikan promosi jualan di Facebook dan atas talian. Beliau datang ke PI untuk belajar dan mengambil kursus komputer dalam meningkatkan kemahiran beliau dalam ict untuk meningkatkan pendapatan beliau dan memajukan bisnes beliau

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau menghadiri Kelas Keusahawanan selama beberapa hari untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan disamping mempelajari strategi yang lebih efektif untuk memasarkan produk beliau.Beliau turut memuatnaik produk ke dalam Dashboard Komuniti (My Shop) untuk mempelbagaikan lagi medium pemasaran beliau.Beliau berharap program sebegini perlu diberi penekanan khusus dan perlu di pertingkatkan dari masa ke semasa kerana umumnya pengetahuan mengenai komputer sangat terhad dari segi tenaga pengajar dan juga kekangan masa. Justeru itu, peniaga seperti beliau akan didedahkan secara mendalam melalui program dan kelas yang diadakan.

NAMA

: WAN NUR FARAH AIN BT WAN AHMAD

UMUR

: 24 TAHUN

AHLI

: 2018

Latar belakang

Farah Ain merupakan seorang pelajar Universiti Malaysia Sarawak dan mula berniaga sebagai agen dropship secara kecil-kecilan sambil mengisi masa lapang serta menambahkan pendapatan untuk menampung perbelanjaan dalam pembelajaran.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan bersama PI, beliau menjalankan urusan berniaga secara kecil kecilan di university dan sahabat handal. Beliau juga ada memasarkan produk menerusi Facebook namun kurang mendapat sambutan kerana tiada strategi berkaitan promosi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mengikuti kelas serta program yang diadakan di Pusat Internet, serta mempelajari pelbagai ilmu yang lebih mendalam mengenai kelebihan menggunakan kemudahan internet yang sedia ada.Melalui program dan kelas yang diikuti, beliau mendapat banyak ilmu pengetahuan ICT. Beliau didedahkan mengenai kebaikan dan keburukan menggunakan internet serta penggunaan internet secara lebih berhemah.Beliau didedahkan Dashboard Komuniti PI dan turut memuatnaik produk ke dalam Dashboard Komuniti My Shop. Beliau menjadikan Dashboard Komuniti My Shop sebagai medium utama bagi memasarkan produk beliau.