BELAJAR INTERNET (LAMAN WEB PEMBELAJARAN)

Nama

: ANIS NAZIHAH BINTI MOHD

Umur

: 15 tahun

Ahli

: 2016

Latar belakang

Anis Nazihah merupakan pelajar pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar Dungun dan Bakal pelajar PT3 2018. Merupakan anak pertama daripada 3 orang adik beradik dan tinggal berdekatan dengan Pusat Internet  Kampung Padang Jambu yang memudahkan kan dia untuk datang belajar di sini dan guna kemudahan yang ada untuk pembelajaran dan membuat kerja kursus.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Anis Nazihah sentiasa datang ke Pusat Internet, tetapi hanya untuk menggunakan komputer untuk melayari facebook dan media sosial yang lain. Setelah mengikuti satu kelas pembelajaran di Pusat Internet, dia amat berminat membuat ulangkaji pembelajaran secara online dan menggunakan Microsoft Office untuk membuat kerja-kerja kursus.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Anis Nazihah menggunakan kemudahan internet di Pusat internet dengan kawan-kawannya. Dia menggunakan laman web pembelajaran dan kemudahan internet untuk mencari bahan pembelajaran membuat kerja-kerja kursus.