USAHAWAN KECIL BARANGAN TUPPERWARE

Nama : Rahayu Binti Mat Hussain
Umur : 45 tahun
Ahli : 2011

 

Latar belakang

Puan Rahayu seorang surirumah dan menjalankan perniagaan sambilan untuk membantu suaminya iaitu dengan menjual produk Tupperware Brands. Beliau hanya menjual Tupperware secara offline kerana tidak berapa mahir menggunakan media social untuk menjual produk.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Jualan dan promosi offline tidak dapat meraih keuntungan tinggi lagi untuknya kerana pengguna lebih suka membeli di media social seperti facebook. Ramai rakan-rakan Tupperware beliau telah menggunakan media social seperti facebook, whatsapp untuk menjual produk secara online.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau menyertai kelas keusahawan Pi1M. Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg. Padang Jambu, beliau kini boleh menggunakan media social seperti facebook, whatsapp dan lain-lain untuk mempromosikan produk perniagaan. 

 .....................................................................................................................................................................................

 

USAHAWAN KECIL BARANGAN TUPPERWARE

Nama : Yuslinda Nurhuda Binti Yaakub
Umur : 35 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Puan Yuslinda merupakan seorang suri rumah. Pada mulanya, beliau menjual produk Tupperware untuk mengisi masa lapang , tapi apabila dapat meraih pendapat sendiri beliau mulai seronok untuk berniaga dan beliau mula serius dalam bidang ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Ramai rakan-rakannya telah menjual produk melalui media social dan dapat meraih lebih lagi keuntungan dari beliau. Kerana itu beliau ingin mengikuti kelas keushawanan di PI1M bagi menambah pendapatan dengan menjual produk secara online.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg. Padang Jambu, beliau kini telah mengetahui pelbagai jenis laman web perniagaan online lain yang dapat mempromosikan produk secara online selain facebook  yang dapat mempromosikan produk beliau. Beliau dapat meraih pelanggan dari negeri lain yang mana mereka mengetahui produk Tupperware beliau melalui laman web perniagaan yang beliau promosikan produk. Pendapatan bulanan beliau semakin tinggi setelah mempromosi perniagaan di laman web perniagaan secara online.