USAHAWAN PENAPIS AIR COWAY

Nama

: ZARINI BINTI MUHAMMAD ZAKI

Umur

: 34 tahun

Ahli

: 2017

 

Latar belakang

Puan Zarini seorang surirumah dan menjalankan perniagaan sambilan untuk membantu suaminya iaitu dengan menjual produk penapis air Coway. Namun, setelah 3 bulan, dia terus berminat untuk berniaga sepenuh masa dan mencari alternative untuk promosi produk secara online pula selain dari promosi rumah ke rumah. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Jualan dan promosi offline tidak dapat meraih keuntungan tinggi lagi untuknya kerana pengguna lebih suka membeli di media social seperti facebook. Ramai rakan-rakan Coway beliau telah menggunakan media social seperti facebook, whatsapp untuk menjual produk secara online. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau selalu ke Pi1M untuk belajar promosi secara online. Melalui tunjuk ajar yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Padang Jambu, beliau kini boleh menggunakan media social seperti facebook, whatsapp dan lain-lain untuk mempromosikan produk perniagaan. 

 .....................................................................................................................................................................................

USAHAWAN TASKA

Nama

: ROBIAH BINTI MUDA

Umur

: 54 tahun

Ahli

: 2013

 

Latar belakang

Puan Robiah merupakan bekas Guru Tabika Kemas. Beliau telah berhenti khidmat di Tabika Kemas dan membuka perusahaan Taska sendiri iaitu Taska Iffah

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Hanya memperomosi Taska miliknya melalui kenalan rapat, jiran dan edaran flyers

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Mempromosi Taska melalui media sosial seperti Facebok dan sebagainya. Bilangan kanak-kanak di Taska semakin bertambah.