MEMBUAT PERKHIDMATAN 'SUPRISE DELIVERY'

Nama

: AZLIZA BINTI ABDULLAH

Umur

: 36 TAHUN

Ahli

: 2018

Latar belakang

Puan Azliza merupakan seorang suri rumah. Pada mulanya, beliau hanya suka-suka sahaja membuat perkhidmatan surprise delivery dan menjual biskut dan perfume untuk mengisi masa lapang,tetapi apabila dapat meraih pendapat sendiri beliau mulai seronok untuk berniaga dan beliau mula serius dalam bidang ini. Puan Azliza telah mempelbagaikan perkhidmatan surprise delivery serta menambah pelbagai jenis biskut jualan serta menjadi pengedar sah minyak wangi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Menurut beliau, penggunaan internet pada masa kini amat penting. Untuk mencapai kejayaan, beliau telah menggunakan internet sepenuhnya untuk mempromosikan produk-produk beliau. Antaranya dengan membuka laman sesawang perniagaan, mencipta emel untuk kegunaan yang lebih efisyen antara perniagaan beliau dan pelanggan serta memuatnaik gambar-gambar berkaitan kerja dan perniagaan beliau ke dalam akaun facebookdan instagram milik perniagaannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan Online Marketing yang diadakan di Pusat Internet Kg. Padang Jambu, beliau kini telah mengetahui pelbagai jenis laman web perniagaan online lain yang dapat mempromosikan produk secara online. Beliau juga dapat belajar cara-cara menggunakan facebook, Instagram dengan lebih meluas lagi dan cara-cara mempromosi perniagaan menggunakan FB Ads dan Business Instagram. 

 .....................................................................................................................................................................................

USAHAWAN PERKHIDMATAN 'PRINTING & DESIGN'

Nama

: AHMAD MUHARIMI BIN ALI       

Umur

: 24 TAHUN

Ahli

: 2018

Latar belakang

Ahmad Muharimi merupakan pemilik kedai Blood Brothers Design Studio. Beliau menyediakan perkhidmatan cop baju dan cop jersey dengan kualiti yang terjamin dan harga yg termurah dan berpatutan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau ingin mempromosikan kedai dan perkhidmatan milik beliau di semua media sosial selain facebook dan beliau ingin kedai dan perkhidmatan beliau dikenali ramai. Oleh sebab itu, beliau mengikuti kelas Online Marketing untuk mencari pengetahuan dan meluaskan perniagaan milik beliau di media sosial. Beliau juga ingin mengetahui cara-cara mempromosikan perniagaan dengan betul di media sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas Online Marketing yang diadakan di Pusat Internet Kg. Padang Jambu, beliau kini telah mengetahui pelbagai jenis laman web perniagaan online lain yang dapat mempromosikan produk secara online selain facebook  yang dapat mempromosikan produk beliau.Pendapatan bulanan beliau semakin tinggi setelah mempromosi perniagaan di laman web perniagaan secara online yang lain. Juga beliau dapat belajar cara-cara yang betul mempromosikan perniagaan melalui media sosial.