USAHAWAN KERJA-KERJA WELDING

Nama

: S. NAZARUDDIN BIN MOHD NASIR

Umur

: 43 tahun

Ahli

: 2017

Latar belakang

Beliau merupakan seorang tukang besi yang berasal dari Kg Padang Jambu. Menjalankan perniagaan kerja-kerja welding selama hampir 5 tahun.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Menurut beliau, penggunaan internet pada masa kini amat penting. Untuk mencapai kejayaan, beliau telah menggunakan internet sepenuhnya sebagai medium perantaraan antaranya dengan membuka laman sesawang perniagaan, mencipta emel untuk kegunaan yang lebih efisyen antara perniagaan beliau dan pelangganserta memuatnaik gambar-gambar berkaitan kerja dan perniagaan beliau ke dalam akaun facebook milik perniagaannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Mengikut pendapat beliau, setelah beliau mempelajari cara penggunaan internet, beliau kini boleh menggunakan media social seperti facebook, whatsapp dan lain-lain untuk mempromosikan produk perniagaan. Selain itu, dengan adanya internet beliau turut mendapat informasi yang lebih mendalam tentang perniagaan yang diceburi untuk dibuat panduan dan rujukan. Beliau selalu ke PI untuk belajar promosi secara online.

 .....................................................................................................................................................................................

USAHAWAN DROPSHIP BARANGAN KESIHATAN & KECANTIKAN

Nama

: HASNIZAM BT HANAFI

Umur

: 38 TAHUN

Ahli

: 2017

Latar belakang

Puan Hasnizam merupakan seorang suri rumah. Pada mulanya, beliau menjual dan menjadi agent produk untuk mengisi masa lapang , tapi apabila dapat meraih pendapat sendiri beliau mulai seronok untuk berniaga dan beliau mula serius dalam bidang ini. Beliau menjual pelbagai barangan kecantikan dan kesihatan masa kini di laman social facebook miliknya sejak beberapa bulan yang lalu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Jualan melalui akaun Facebook sahaja tidak dapat meraih keuntungan tinggi lagi kerana ramai peniaga online mempromosi perniagaan melalui facebook dan persaingan di facebook sangat tinggi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Padang Jambu, beliau kini telah mengetahui pelbagai jenis laman web perniagaan online lain yang dapat mempromosikan produk secara online selain facebook  yang dapat mempromosikan produk beliau.Pendapatan bulanan beliau semakin tinggi setelah mempromosi perniagaan di laman web perniagaan secara online yang lain.