BELAJAR INTERNET (LAMAN WEB PEMBELAJARAN)

Nama : Muhammad Arif Hafizuddin
Umur : 11 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang

Muhammad Arif Hafizuddin merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun dan bakal menduduki UPSR pada tahun hadapan. Merupakan anak kedua daripada 3 orang adik beradik dan tinggal berdekatan dengan Pusat Internet  Kampung Padang Jambu yang memudahkan kan dia untuk datang belajar di sini dan guna kemudahan yang ada untuk pembelajaran seperti frog.1bestarinet

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Arif sentiasa datang ke Pusat Internet 1 Malaysia, tetapi hanya untuk bermainan permainan online. Setelah mengikuti satu kelas pembelajaran di Pusat Internet, dia amat berminat membuat ulangkaji dan bermain permainan pendidikan di sini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Arif menggunakan kemudahan internet di Pusat internet  dengan kawan-kawannya. Dia menggunakan laman web pembelajaran seperti frog.1bestarinet,Kahoot, Skor A, Zoom A dan pelbagai lagi untuk belajar bersama kawannya.