BELAJAR INTERNET (LAMAN WEB PEMBELAJARAN)

Nama

: CHE WAN NUR ALIAH 

Umur

: 16 tahun

Ahli

: 2009

Latar belakang

Che Wan Nur Aliah merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Padang Jambu dan bakal pelajar SPM 2018. Merupakan anak pertama daripada 4 orang adik beradik dan tinggal berdekatan dengan Pusat Internet Kampung Padang Jambu yang memudahkan kan dia untuk datang belajar di sini dan guna kemudahan yang ada untuk pembelajaran dan membuat kerja kursus.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Aliah sentiasa datang ke Pusat Internet, tetapi hanya untuk menggunakan komputer untuk melayari facebook dan media sosial yang lain. Setelah mengikuti satu kelas pembelajaran di Pusat Internet, dia amat berminat membuat ulangkaji pembelajaran secara online dan menggunakan Microsoft Office untuk membuat kerja-kerja kursus.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Aliah menggunakan kemudahan internet di Pusat Internet dengan kawan-kawannya. Dia menggunakan laman web pembelajaran dan kemudahan internet untuk mencari bahan pembelajaran membuat kerja-kerja kursus.