MERUPAKAN PEMBEKAL DAN PENTERNAK AYAM KAMPUNG 

NAMA

: CHE MAT ARIFFA B CHE REDUAN

UMUR

: 41 TAHUN

AHLI

: 2018

Latar belakang

Che Mat Ariffa merupakan pemilik ARF Agro Farm. Beliau membekal dan menternak ayam kampung. Membekal pelbagai produk berasaskan ayam kampung durimas frozen,perap pelbagai perasa bbq, blackpapper, tandoori dan lain-lain lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Che Mat Ariffa datang ke PI untuk belajar dan mengambil kursus komputer dalam meningkatkan kemahiran beliau dalam ict untuk meningkatkan pendapatan beliau dan memajukan bisnes beliau serta memperkenalkan produk beliau secara lebih meluas

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Alhamdulillah selepas mengikuti setiap program yang dijalankan oleh Pusat Internet Padang Jambu kini kemahiran beliau dalam dalam mempromosikan produk  bertambah baik. Beliau juga mahir dalam menggunakan asas komputer.

MERUPAKAN STOKIS PRODUK “ FOREVER LIVING”

NAMA

: ROHAYA BINTI RAMLI

UMUR

: 49 TAHUN

AHLI

: 2018

Latar belakang

Puan Rohaya merupakan Stokis produk “ FOREVER LIVING”. Rangkaian Produk makanan dan minuman Forever yang menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi digabungkan dengan diet yang sihat dan seimbang

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebagai usahawan, beliau mempromosi perniagaan melalui mulut ke mulut , persatuan peniaga dan pelanggan tetap. Promosi melalui media social hanya dibuat dengan bantuan anak. Menurut Puan Rohaya, sebelum ini dia sememangnya kurang mahir dalam penggunaan komputer, dan juga kurang mahir bagaimana untuk menggunakan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau ke Pusat Internet Kg Padang Jambu dengan mengikuti kawannya ke program yang telah dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Padang Jambu dan disitulah dia mendapat pendedahan bagaimana cara untuk mempromosikan perniagaannya secara online dengan lebih efektif. Beliau juga sudah mahir menggunakan komputer.Beliau mula berjinak untuk mempromosikan perniagaan melalui facebook. 

PENGELUAR PRODUK MINUMAN DARI HASILAN DURIAN BELANDA

NAMA

: SHAIKH MOHD SHAHRIDAN

UMUR

: 36 TAHUN

AHLI

: 2018

Latar belakang

Shaikh Mohd Shahridan seorang usahawan di bawah kelolaan Jabatan Pertanian Negeri Terengganu.Beliau memproses produk dari hasilan Durian Belanda. Antara produk keluaran Muslim Proaktif ialah Jus Durian Belanda, Pekatan Jus Durian Belanda, Jeli Durian Belanda, Teh Uncang Daun Durian Belanda & Aiskrim Jeli Montel (5 perisa).

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Promosi yang dijalankan beliau tidak begitu meluas dan pendapatan yang diperolehi kurang memberangsangkan.Beliau banyak tertumpu pada jualan di Pasar Tani

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas Latihan Keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet beliau mendapat pencerahan yang lebih jelas cara-cara untuk meningkatkan jualan produk beliau melalui kemudahan internet dan cara-cara mempromosi produk dengan lebih efisien. Beliau mula berjinak untuk mempromosikan produk melalui Instagram dan facebook. Sambutan yang diterima amat memberansangkan dan produk semakin dikenali serta pendapatan beliau semakin bertambah.

BELAJAR INTERNET (UNTUK URUSAN SECARA ONLINE)

NAMA

: SOPIAH BT A.RASHID

UMUR

: 57 TAHUN

AHLI

: 2014

Latar belakang

Pn. Sopiah merupakan Guru Tabika Kemas Bijangga, Dungun, Terengganu. Beliau ke Pusat Internet Padang Jambu untuk tujuan mempelajari mengenai cara menggunakan komputer untuk membuat dan memasukkan data-data berkaitan murid tadika.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dalam program yang dijalankan di Pusat Internet Kg Padang Jambu Puan Sopiah memang kurang mahir dalam menggunakan perisian Microsoft Office tetapi tahu serba sedikit dalam penggunaan internet. Beliau sangat berminat untuk mempelajari ilmu ICT dengan lebih mendalam lagi. Beliau sedar ilmu tersebut perlu ada untuk masa akan datang memandangkan sesetengah urusan sekarang ini kebanyakannya melalui online.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas kerap kali mengikuti kelas atau program yang dijalankan di Pusat Internet Kg Padang Jambu kini Puan Sopiah mahir dalam penggunaan komputer. Selain itu, beliau juga didedahkan bagaimana untuk Klik dengan bijak iaitu keselamatan semasa melayari internet. Beliau kini sedar, sebagai seorang guru beliau perlu mengambil tahu @ cakna dengan serius akan perkara ini untuk kebaikan anak-anak didiknya

PENGASAS SYARIKAT RUMPAI LAUT ENTERPRISE

NAMA

: DR(H) ROSLI BIN MAHMOOD

UMUR

: 53 TAHUN

AHLI

: 2019

Latar belakang

SYARIKAT RUMPAI LAUT ENTERPRISE ditubuhkan pada tahun 2008. Pada tahun 2008, SYARIKAT RUMPAI LAUT ENTERPRISE telah mula berdikari untuk memasarkan produk-produk keluarannya yang berasaskan rumpai laut (SEAWEED) speasis EUCHEMA COTTONI. Diantara produk-produk yang dihasilkan oleh Syarikat ini adalah MINUMAN RUMPAI LAUT berperisa laici, oren, strawberi, buah-buahan, durian belanda & blackcurrant. Produk ini berjenama SYATIBI. Pada pertengahan tahun 2009, Syarikat ini mula melangkah setapak lagi dengan mengeluarkan beberapa produk baru iaitu Kacang Bersalut Rumpai Laut, Kerepek Rumpai Laut & Kismis Bersalut Rumpai Laut. Kesemua produk-produk ini adalah rekaan citarasa pengasas produk sendiri Dr (H) ROSLI BIN MAHMOOD yang dibantu oleh PUAN AMINAH.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

DR.(H)ROSLI BIN MAHMOOD datang ke PI untuk belajar dan mengambil kursus komputer dalam meningkatkan kemahiran beliau dalam ict untuk meningkatkan pendapatan beliau dan memajukan bisnes beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Alhamdulillah selepas mengikuti setiap program yang dijalankan oleh Pusat Internet Padang Jambu kini kemahiran beliau dalam dalam mempromosikan produk  bertambah baik. Beliau juga mahir dalam menggunakan asas komputer.