MENJALANKAN PERNIAGAAN SPA KECANTIKAN

NAMA

: HAJJAH JAMALIAH BINTI ABD SALAM

UMUR

: 40 TAHUN

AHLI

: 2018

Latar belakang

Puan Jamaliah menjalankan perniagaan berasaskan perkhidmatan spa. Antara perkhidmatan yang diberikan adalah rawatan kecantikkan, rawatan rambut sihat, rawatan muka dan juga urutan tradisional.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Jamaliah kurang pengetahuan dalam mengendalikan promosi jualan di Facebook dan atas talian. Beliau datang ke PI untuk belajar dan mengambil kursus komputer dalam meningkatkan kemahiran beliau dalam ict untuk meningkatkan pendapatan beliau dan memajukan bisnes beliau

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau menghadiri Kelas Keusahawanan selama beberapa hari untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan disamping mempelajari strategi yang lebih efektif untuk memasarkan produk beliau.Beliau turut memuatnaik produk ke dalam Dashboard Komuniti (My Shop) untuk mempelbagaikan lagi medium pemasaran beliau.Beliau berharap program sebegini perlu diberi penekanan khusus dan perlu di pertingkatkan dari masa ke semasa kerana umumnya pengetahuan mengenai komputer sangat terhad dari segi tenaga pengajar dan juga kekangan masa. Justeru itu, peniaga seperti beliau akan didedahkan secara mendalam melalui program dan kelas yang diadakan.

 BELAJAR INTERNET (UNTUK MEMBUAT KERJA KURSUS)

NAMA

: ARYSYA SAFYA BT ZAIPUL AMRI

UMUR

: 15 TAHUN

AHLI

: 2019

Latar belakang

Arysya Safya merupakan pelajar tingkatan 3. Beliau ke Pusat Internet Padang Jambu untuk tujuan menggunakan komputer dan internet untuk membuat kerja kursus tingkatan 3.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Arysya Safya sentiasa datang ke Pusat Internet,tetapi hanya untuk menggunakan komputer untuk melayari facebook dan media sosial yang lain. Setelah mengikuti satu kelas pembelajaran di Pusat Internet, dia amat berminat membuat ulangkaji pembelajaran secara online dan menggunakan Microsoft Office untuk membuat kerja-kerja kursus.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Arysya Safya menggunakan kemudahan internet di Pusat Internet dengan kawan-kawannya. Dia menggunakan laman web pembelajaran dan kemudahan internet untuk mencari bahan pembelajaran membuat kerja-kerja kursus.

MENJALANKAN PERNIAGAAN MEMBUAT COOKIES, KUIH & KEK

Nama

: TENGKU HASLINA BT TENGKU HASSAN

Umur

: 40 TAHUN

Ahli

: 2018

Latar belakang

Puan Haslina menjalankan perniagaan membuat kuih di rumahnya dan beliau menerima tempahan untuk majlis-majlis. Beliau mempromosikan perniagaan beliau di facebook dan kenalan-kenalan terdekat mempromosikan kuih dan makanan beliau kepada umum.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Haslina kurang pengetahuan dalam mengendalikan promosi jualan di Facebook dan atas talian. Beliau datang ke PI untuk belajar dan mengambil kursus komputer dalam meningkatkan kemahiran beliau dalam ict untuk meningkatkan pendapatan beliau dan memajukan bisnes beliau

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Facebook beliau sudah diwujudkan dan pelbagai gambar mengenai produk beliau dimasukkan dan promosi-promosi di buat untuk menarik perhatian para pelanggan khususnya masyarakat sekeliling. Beliau juga belajar promosi melalui My Shop.

.....................................................................................................................................................................................

MENJUAL CADAR, PINGGAN MANGKUK,MAKANAN KESIHATAN DAN MAKANAN FROZEN

Nama

: SAPINAH BINTI MUSTAFA

Umur

: 54 TAHUN

Ahli

: 2014

Latar belakang

Puan Sapinah menjual cadar,pinggan mangkuk, makanan kesihatan dan makanan sejukbeku (frozen).

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebagai usahawan, beliau mempromosi perniagaan melalui mulut ke mulut , persatuan peniaga dan pelanggan tetap. Menurut Puan Sapinah, sebelum ini dia sememangnya kurang mahir dalam penggunaan komputer, dan juga kurang mahir bagaimana untuk menggunakan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau ke Pusat Internet Kg Padang Jambu dengan mengikuti kawannya ke program yang telah dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Padang Jambu dan disitulah dia mendapat pendedahan bagaimana cara untuk mempromosikan perniagaannya secara online dengan lebih efektif. Beliau juga sudah mahir menggunakan komputer.Beliau mula berjinak untuk mempromosikan perniagaan melalui facebook. 

 

BELAJAR INTERNET (UNTUK URUSAN SECARA ONLINE)

Nama

: ZAHARAH BT LONG

Umur

: 57 TAHUN

Ahli

: 2016

Latar belakang

Pn. Zaharah merupakan Guru Tabika Kemas di Dungun, Terengganu. Beliau ke Pusat Internet Padang Jambu untuk tujuan mempelajari mengenai cara menggunakan komputer dan internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dalam program yang dijalankan di Pusat Internet Kg Padang Jambu Puan Zaharah memang kurang mahir dalam menggunakan perisian Microsoft Office tetapi tahu serba sedikit dalam penggunaan internet. Beliau sangat berminat untuk mempelajari ilmu ICT dengan lebih mendalam lagi. Beliau sedar ilmu tersebut perlu ada untuk masa akan datang memandangkan sesetengah urusan sekarang ini kebanyakannya melalui online.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas kerap kali mengikuti kelas atau program yang dijalankan di Pusat Internet Kg Padang Jambu kini Puan Zaharah mahir dalam penggunaan komputer. Selain itu, beliau juga didedahkan bagaimana untuk Klik dengan bijak iaitu keselamatan semasa melayari internet. Beliau kini sedar, sebagai seorang guru beliau perlu mengambil tahu @ cakna dengan serius akan perkara ini untuk kebaikan anak-anak didiknya.

STOKIS JUALAN LANGSUNG (AN MAJU TRADING)

Nama

: ROHANI BINTI BAKDIN

Umur

: 52 TAHUN

Ahli

: 2018

Latar belakang

Puan Rohani merupakan pemilik stokis AN Maju Trading. Stokis milik Puan Rohani menjual barangan jualan langsung (Oli Collection). Antaranya ialah cadar, membekal cadar asrama, homestay, pinggan mangkuk dan lain-lain. Juga menerima tempahan barang-barang hadiah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Rohani kurang pengetahuan dalam mengendalikan promosi jualan di Facebook dan atas talian. Beliau datang ke PI untuk belajar dan mengambil kursus komputer dalam meningkatkan kemahiran beliau dalam ict untuk meningkatkan pendapatan beliau dan memajukan bisnes beliau

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Facebook beliau sudah diwujudkan dan pelbagai gambar mengenai produk beliau dimasukkan dan promosi-promosi di buat untuk menarik perhatian para pelanggan khususnya masyarakat sekeliling. Beliau juga belajar promosi melalui My Shop.

.....................................................................................................................................................................................

MENJUAL PELBAGAI JENIS REMPAH RATUS TURUN TEMURUN

Nama

: MERIAM SINI MOHAMED

Umur

: 56 TAHUN

Ahli

: 2018

Latar belakang

Puan Meriam mula berniaga sekitar tahun 1982 dan bertapak di Pasar Besar Dungun. Menjual Rempah Ratus Turun-Temurun. Kami Menjual Rempah Nasi Dagang,Gulai Kampung, Gulai Kawah, Rempah Sate, Rempah Dalca, Rempah Bbq Dan Pelbagai Lagi. Juga Menyediakan Rempah Untuk Kenduri-Kendara Dan Menyediakan Pes Untuk Masakan Segera.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebagai usahawan sepenuh masa, beliau mempromosi perniagaan melalui mulut ke mulut , persatuan peniaga dan pelanggan tetap.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mula berjinak untuk mempromosikan perniagaan melalui Instagram dan facebook. Sambutan yang diterima amat memberansangkan dan perniagaan semakin dikenali.