Kekal tenang dan sentiasa patuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Bersama-sama kita amalkan norma baharu dalam kehidupan seharian untuk putuskan rangkaian penularan COVID-19.
Syarat-syarat pertandingan
i. Mempunyai produk jualan dan belum ada akaun jualan dalam talian (Barangan Larangan tidak dibenarkan)
ii. Ahli Pusat Internet kelolaan TM/MSD dan Warganegara Malaysia
iii. Berumur 18 tahun dan ke atas
iv. Wajib mengisi Borang Penyertaan dan mengikuti kelas dan bengkel yang ditetapkan (Shopee atau Lazada)
v. Perlu menyertakan Invois dan rekod Jualan bulanan (Cetak dari Platform yang digunakan) kepada Petugas untuk dihantar bersama Laporan Akhir
vi. Pemenang akan dipilih berdasarkan peratus keuntungan dan Jumlah jualan. Hanya peserta yang mempunyai jualan sekurang kurangnya 30% dan ke atas dalam tempoh pertandingan sahaja akan diambil kira untuk penentuan pemenang tanpa mengira bulan dalam tempoh pertandingan.
ANDA INGIN PELUANG MEMENANGI WANG TUNAI RM5,000?
Jom sertai Pertandingan Logo dan Tagline Kempen Kesedaran COVID-19 anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang dibuka sekarang hingga 10 Julai 2020.
Layari laman web www.kkmm.gov.my atau www.penerangan.gov.my untuk maklumat lanjut dan syarat penyertaan.
Serlahkan kreativiti anda!