Makluman!!!! 


Laman web untuk mengisi permohonan Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) kini telah dibuka. Anda boleh mengisi sendiri permohonan di laman web seperti gambar dibawah atau boleh datang terus ke Pusat Internet 1Malaysia Kg Padang Jambu untuk bantuan.

Permohonan dibuka bermula 2 Ogos 2017 sehingga 31 Ogos 2017.

SKIM KHAS TRB (TAPAK RUMAH)
Bahawasanya Kerajaan Negeri Terengganu telah bersetuju untuk menawarkan Skim Khas dalam Rancangan Tanah Berkelompok (Kategori Tapak Rumah) tahun 2017 kepada rakyat Negeri Terengganu.
Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:
• Rakyat Negeri Terengganu
• Berumur 21 tahun hingga 40 tahun
• Berkahwin
• Pendapatan isi rumah RM3,500 ke bawah
• Berdaftar sebagai pemilih di Negeri Terengganu dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia
• Pemohon/pasangan belum memiliki tanah
• Pemohon/pasangan belum memiliki rumah mampu milik/rumah mesra rakyat/rumah kos rendah
• Pemohon/pasangan hanya layak memohon satu Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) sahaja
• Pemohon/pasangan belum menerima tanah pemberian kerajaan
• Permohonan daripada e-kasih layak menerima premium nominal