JEMPUT DATANG BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN PROGRAM KAMI

MAKLUMAN !!!

PERMOHONAN ONLINE BANTUAN HARI RAYA 2018 akan mula dibuka pada 1 April - 30 April 2018
Semua Pemohon WAJIB mengisi semula Borang Permohonan Secara Atas Talian (Online) di laman web http://danattb.terengganu.gov.my 
Kategori :
1. Pendapatan Rendah/Miskin
2. Ibu Tunggal/Duda
3. Warga Emas 
4. OKU

SYARAT PERMOHONAN
1. Rakyat Negeri Terengganu.
(Pemohon yg bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Terengganu perlu mendapatkan perakuan daripada Pengerusi JKKK kawasan masing-masing)

2. Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) bagi katogeri:
Pendapatan Rendah/Miskin dan Ibu Tunggal/Duda tidak melebihi RM3,000 sebulan (Wajib mengisi mengisi maklumat tanggungan)

Bujang 40 tahun ke atas (belum berkahwin) berpendapatan tidak melebihi RM2,000

3. Pemohon mestilah berdaftar sebagai pemilih di Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mengundi di Negeri Terengganu.

4. Borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama:
- salinan kad pengenalan
- salinan kad oku
- slip gaji terkini
- slip pencen terkini
- surat akuan pendapatan (bagi pemohon bekerja sendiri)
Dokumen perlu pengesahan drp Pengerusi JKKK atau Penghulu Mukim

5. Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ditolak.

PENDAFTARAN SEKOLAH DARJAH 1 SECARA ONLINE BERMULA HARI INI (1 MAC 2018)

Perhatian buat mak ayah yang mempunyai anak yang lahir pada tahun 2012 & 2013 iaitu berumur 5 dan 6 tahun sekarang, pendaftaran darjah satu secara online telah dibuka bermula 1 Mac 2018 sehingga 30 April 2018.

Layari : https://public.moe.gov.my/

Borang yang telah siap diisi nanti perlu di cetak dan serta bersama dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon.

Dokumen yang diperlukan:
- Sijil lahir anak (salinan + asal)
- Kad pengenalan ibu bapa (salinan + asal)
- Surat nikah / cerai (salinan + asal)
- Bil yang mempunyai alamat tempat tinggal
- Sampul surat standard dan setem
- Laporan doktor dan kad OKU jika berkaitan

Semoga bermanfat!

   

Permohonan Kemasukan PraSekolah Kementerian Pendidikan Malaysia 2019 kini dibuka bermula 1 Mac 2018 sehingga 31 Mei 2018. Pemohonan boleh dibuat melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my/

Dokumen yang diperlukan:
- Sijil lahir anak (salinan + asal)
- Kad pengenalan ibu bapa (salinan + asal)
- Surat nikah / cerai (salinan + asal)
- Bil yang mempunyai alamat tempat tinggal
- Sampul surat standard dan setem
- Laporan doktor dan kad OKU jika berkaitan

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pertandingan Foto dan Video Pendek 2018 anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK). Sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia untuk maklumat lanjut. Berikut pautan laman web sebagai rujukan.http://www.motac.gov.my/sayangmalaysia.