Tarikh     : 23 November 2018 (Jumaat)

    Masa      : 8.00 Pagi - 12.30 Tengahari

    Tempat   : Pusat Internet Kg Padang Jambu

    Semua Dijemput Hadir!!

Siapakah yang berkelayakan untuk sertai eRezeki???

-Rakyat Malaysia dengan pendapatan bulanan isi rumah RM4,000 ke bawah, termasuk pelajar, suri rumah, pesara dan warga emas.


Apakah fungsi eRezeki???

- Program eRezeki bertujuan untuk memberi manfaat terutamanya kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah, dengan membuka peluang dan membolehkan mereka meraih peluang pendapatan menerusi kaedah digital.

- Melalui eRezeki, peserta akan dilatih, peroleh kelayakan dan dipadankan kepada tugasan yang bersesuaian.

- Dengan menyertai program ini, peserta akan mendapat peluang bekerja secara sambilan dan memperoleh pendapatan tambahan. Tugasan-tugasan diperolehi daripada pasaran antarabangsa atau syarikat tempatan.

- Pusat eRezeki akan menyediakan latihan dan bantuan untuk memastikan peserta mendapat manfaat sepenuhnya daripada program ini.


Pertanyaan dan pendaftaran untuk kursus eRezeki boleh kunjungi Pusat Internet Kg Padang Jambu


#eRezeki
#youcanduit
#janapendapatansampingan

 

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN SESI 2019

Berita baik kepada seluruh Rakyat Terengganu, kepada para ibu bapa boleh terus memohon bantuan ini bermula pada 1 OKTOBER sehingga 21 OKTOBER 2018.

Untuk mengetahui maklumat lanjut serta mengisi bantuan ini boleh terus membuka link http://idana.terengganu.gov.my/.

Terima Kasih.

                 

Kerjasama antara Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya mengajak orang ramai untuk menyertai 
 

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK mengenai Amalan Cara Hidup Sihat Dalam Kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) di peringkat Kebangsaan 2018. Tema video adalah JOM AMALKAN CARA HIDUP SIHAT!

Mesej video berdasarkan 5 skop amalan cara hidup sihat.

1. Aktiviti Fizikal

2. Makan secara sihat

3. Tidak merokok

4. Bijak menangani stress

5. Sihat tanpa alcohol

Sila hantarkan penyertaan lengkap ke emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 1 September 2018.

Turut dilampirkan poster pertandingan untuk rujukan dan maklumat lanjut berkaitan pertandingan ini boleh didapati seperti pautan berikut: http://www.infosihat.gov.my/index.php/pengumuman/141-pertandingan-video-pendek-amalkan-cara-hidup-sihat-dalam-kalangan-orang-kurang-upaya-oku-peringkat-kebangsaan-2018