Siapakah yang berkelayakan untuk sertai eRezeki???

-Rakyat Malaysia dengan pendapatan bulanan isi rumah RM4,000 ke bawah, termasuk pelajar, suri rumah, pesara dan warga emas.


Apakah fungsi eRezeki???

- Program eRezeki bertujuan untuk memberi manfaat terutamanya kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah, dengan membuka peluang dan membolehkan mereka meraih peluang pendapatan menerusi kaedah digital.

- Melalui eRezeki, peserta akan dilatih, peroleh kelayakan dan dipadankan kepada tugasan yang bersesuaian.

- Dengan menyertai program ini, peserta akan mendapat peluang bekerja secara sambilan dan memperoleh pendapatan tambahan. Tugasan-tugasan diperolehi daripada pasaran antarabangsa atau syarikat tempatan.

- Pusat eRezeki akan menyediakan latihan dan bantuan untuk memastikan peserta mendapat manfaat sepenuhnya daripada program ini.


Pertanyaan dan pendaftaran untuk kursus eRezeki boleh kunjungi Pusat Internet Kg Padang Jambu


#eRezeki
#youcanduit
#janapendapatansampingan