ASAL USUL NAMA DUNGUN

 pokok dungun

      

 

       Asal usul nama Dungun dikatakan bermula apabila pendatang daripada Kepulauan Indonesia iaitu Pagar Ruyung, Sumatera telah membuka kawasan di kawasan paya air tawar yang banyak ditumbuhi sejenis pokok di situ(paya) iaitu pokok Dungun atau nama saintifiknya 'Heritiera littoralis', keluarga 'Sterculiaceae'. Malah nama-nama kampung di Dungun juga terdapat di Indonesia seperti kampong Binjai, kampong Bemban, kampong Gombang dan sebagainya.

       Suatu ketika dahulu, daerah Dungun terkenal dengan aktiviti perlombongan bijih besi sebagai 'Lombong Bijih Besi Terbuka' terbesar di Asia tenggara pada tahun 1929 hingga 1960an. Aktiviti ini telah ditutup pada 1 Oktober 1970. Pada hari ini, Dungun terkenal dengan tempat yang menarik seperti di Pulau Tenggol, Teluk Gadong, hutan rekreasi Bukit Bauk, pantai Kuala Abang dan banyak lagi.

       Dungun menjadi lebih terkenal pada mata dunia sejak penemuan dan perlombongan bijih besi pada tahun 1930 oleh Nippon Mining Company dan diexspori ke Jepun pada tahun 1931 hinggalah kepada pendudukan Inggeris di Terengganu. Pembangunan di Dungun khususnya di Bukit Besi menjadi pesat dengan terdirinya jalan-jalan (rel) keretapi dan bangunan pejabat serta pertambahan penduduk yang sentiasa meningkat dari tahun ke tahun samada rakyat Terengganu dari daerah lain mahupun pekerja-pekerja lombong Bukit Besi dan luar Terengganu dengan diketuai oleh seorang ketua dan rumah Pasung Dungun di bahagi kepada cawangan Bukit Besi dan Paka.

       Dengan penemuan bijih besi, Daerah Dungun menjadi Daerah termaju di Negeri Terengganu ketika itu, malah ianya terkenal di kalangan Negara-Negara luar khususnya negara pengimpot besi seperti Jepun, Korea dan sebagainya.

 

 

 

SEJARAH

KAMPUNG PADANG JAMBU

       Kampung Padang Jambu, Dungun Terengganu merupakan sebuah kampung dalam Daerah Dungun, Terengganu dan berada dalam Dewan Undangan Negeri Dun Sura.

       Mengikut sejarah Kampung Padang Jambu telah wujud sekitar tahun 1942 lagi dan kampung ini dinamakan sempena pokok jambu golok yang banyak sekitar kawasan kampung, ia terwujud semasa Daerah Dungun terkenal dengan kemasyhuran Bukit Besi sebagai pengeluar bijih besi termuka di rantau ini.

       Pada ketika itu kampung ini adalah sebuah kampung terpinggir dan menjadi tumpuan kepada pekerja-pekerja bukit besi yang berulang alik dari Dungun Ke Bukit Besi. Pada tahun 80an pihak kerajaan negeri telah membaikpulih dengan susunannya separa kampung seperti yang wujud sekarang.

       Kampung Padang Jambu merupakan kampung yang bersih, cantik dan mempunyai lot-lot kediaman tersusun.

 

 

 

TINGGALAN DAHULU YANG MASIH ADA DI DUNGUN

 

 

Kesan jambatan bertiang konkrit peninggalan syarikat perlombongan Jepun di Sura Jeti, Dungun yang terletak di hadapan IMTIAZ, Dungun. Digunakan untuk mengangkut bijih besi dari sini ke kapal yang menunggu di tengah laut.

 

Terowong Bukit Tebuk yang terletak di Daerah Dungun merupakan lokasi peninggalan sejarah yang jarang diketahui generasi muda pada hari ini. Terowong Bukit Tebuk ini dibina pada tahun 1935. Terowong bersejarah ini siap pada tahun 1936 dan digunakan sebagai laluan keretapi mengangkut bijih besi dari Bukit Besi ke Pelabuhan Sura Jeti. Penggunaan Terowong Bukit Tebuk sepanjang 15 meter ini sebagai laluan kereta api dihentikan selepas lombong bijih besi ditutup sekitar tahun 1970an. Namun terowong ini masih digunakan dan menjadi laluan alternatif penduduk kawasan sekitar untuk ke jalan utama Kuantan-Kuala Terengganu

 

DUNGUN DULU VS KINI

 

jalan pantai antara teluk lipat dan sura hujung tahun 70 an dan hari ini 

 

Bandar Dungun 2015 vs 1970

 

Opal (Pantai Teluk Lipat, Dungun) "Tiang Opal"

 

 

Jalan Tambun, Dungun