PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH DUNGUN
JKR 140, JALAN YAHAYA AHMAD
23000 DUNGUN, TERENGGANU, MALAYSIA
TELEFON: 609-8485924 FAKS: 609-8455924

SEJARAH

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Dungun, Terengganu adalah sebuah pejabat wakil kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang diberikan amanah untuk menjalankan dasar-dasar kerajaan khususnya yang berkaitan dengan Pembangunan Belia dan Sukan di Daerah ini.

Sejarah penubuhan pejabat ini ialah sejak tahun 1964 iaitu apabila Kerajaan Persekutuan menubuhkan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia pada 3 Mei 1964.

Pejabat ini pada peringkat awalnya ditadbir oleh Pejabat Kebudayaan, Belia dan Sukan Terengganu Selatan yang melibatkan daerah-daerah Kemaman dan Dungun yang berpusat di Dungun. Pada tahun 1974, pejabat berasingan antara Daerah Kemaman dan Dungun diwujudkan.

DASAR DAN MATLAMAT  

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Dungun merupakan wakil Kementerian Belia dan Sukan Malaysia diperingkat Daerah Dungun yang mempunyai matlamat untuk :

- Membina masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan bergerak maju dalam bidang ekonomi dan sosial.

- Pembinaan masyarakat yang sihat dan cergas ke arah perpaduan negara.