PENIAGA BANTAL DAG, PRODUK SHAKLEE

NAMA

: NORHIJAH BINTI MUSTAFFA

UMUR

: 45 TAHUN

AHLI

: 2020

Latar belakang

Puan Norhjah merupakan Penolong Pegawai Perpaduan dan berjinak-jinak dalam dunia perniagaan kerana minat yang mendalam dalam dunia perniagaan di samping menambah pendapatan keluarga. Puan Norhijah adalah Premium Reseller DAG Bantal Hotel Das Abdul dan juga Pengedar sah Shaklee.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Promosi yang dijalankan beliau tidak begitu meluas dan pendapatan yang diperolehi kurang memberangsangkan.Beliau banyak tertumpu pada jualan di pejabat dan orang terdekat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas Latihan Keusahawanan dan Kelas Shopee Online yang dibimbing oleh Pusat Internet beliau mendapat pencerahan yang lebih jelas cara-cara untuk meningkatkan jualan produk beliau melalui kemudahan internet dan cara-cara mempromosi produk dengan lebih efisien. Sambutan yang diterima amat memberansangkan dan produk semakin dikenali serta pendapatan beliau semakin bertambah.