BELAJAR INTERNET (PEMBELAJARAN)
NAMA |
: FATIN NURAMIRA |
UMUR |
: 17 TAHUN |
AHLI |
: 2019 |
Latar belakang
Fatin Nuramira merupakan pelajar tingkatan 5. Beliau ke Pusat Internet Padang Jambu untuk tujuan menggunakan komputer dan internet untuk membuat kerja kursus tingkatan 5.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Fatin Nuramira sentiasa datang ke Pusat Internet,tetapi hanya untuk menggunakan komputer untuk melayari facebook dan media sosial yang lain. Setelah mengikuti satu kelas pembelajaran di Pusat Internet, dia amat berminat membuat ulangkaji pembelajaran secara online dan menggunakan Microsoft Office untuk membuat kerja-kerja kursus..
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Fatin Nuramira menggunakan kemudahan internet di Pusat Internet dengan kawan-kawannya. Dia menggunakan laman web pembelajaran dan kemudahan internet untuk mencari bahan pembelajaran membuat kerja-kerja kursus.