BELAJAR INTERNET (LAMAN WEB PEMBELAJARAN)

Nama

: NUR ATIA IZZAZI BT MOHD ZUKI

Umur

: 17 TAHUN

Ahli

: 2018

Latar belakang

Nur Atia Izzazi merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Dungun dan bakal pelajar SPM 2018. Beliau merupakan anak ke-2 daripada 5 orang adik beradik dan tinggal berdekatan dengan Pusat Internet Kampung Padang Jambu yang memudahkan kan dia untuk datang belajar di sini dan guna kemudahan yang ada untuk pembelajaran dan membuat kerja kursus untuk SPM.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Nur Atia Izzazi sentiasa datang ke Pusat Internet Kg Padang Jambu, tetapi hanya untuk menggunakan komputer untuk melayari facebook dan media sosial yang lain. Setelah mengikuti satu kelas pembelajaran di Pusat Internet, dia amat berminat membuat ulangkaji pembelajaran secara online dan menggunakan Microsoft Office untuk membuat kerja-kerja kursus. Nur Atia Izzazi juga telah menjadi ahli di Pusat Internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Nur Atia Izzazi menggunakan kemudahan internet di Pusat internet dengan kawan-kawannya. Dia menggunakan laman web pembelajaran dan kemudahan internet untuk mencari bahan pembelajaran membuat kerja-kerja kursus SPM. Dia juga mempelajari dengan lebih meluas penggunaan Microsoft Office seperti excel dan word.