TUJUAN
Supaya pelajar mahir menggunakan komputer untuk tujuan belajar dan mencari maklumat yang berkaitan .
AKTIVITI
Membantu pelajar menggunakan komputer untuk belajar dan memberi tunjuk ajar penggunaan Microsoft word dengan baik .
............................................................................................................................................................................
TUJUAN
Pi1M Dashboard merupakan satu aplikasi khas yang dibina untuk kegunaan komuniti setempat di sekitar Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Ia mengambil kira keperluan komuniti setempat dari segi perhubungan, pembelajaran, perniagaan, kesihatan dan juga pentadbiran. Penggunaan aplikasi ini diharapkan dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi setempat dan secara tidak langsung dapat merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dengan luar bandar.
AKTIVITI
Hari Dashboard Komuniti Pusat Internet 1Malaysia Kg Padang Jambu telah membuat pelbagai aktiviti dalam menjayakan Hari Dashboard pada bulan ini iaitu dengan aktiviti seperti Taklimat dashboard, Pemeriksaan Kesihatan dengan menggunakan I-Health, Explorasi Dashboard, cabutan bertuah,dan pelbagai lagi. Program ini turut disertai oleh Tupperware.