Keropok lekor merupakan makanan yang sangat popular di Terengganu. Bagi mereka yang selalu membeli keropok lekor pasti tahu tempat yang menjual keropok lekor yang sedap dan enak. Keropok lekor Terengganu terkenal dengan ramuan isi ikan yang lebih banyak berbanding yang dijual di Kuala Lumpur atau tempat lain. Disini kami ingin kongsikan di mana anda boleh mendapatkan keropok lekor yang sedap di kawasan Dungun,Terengganu . Antara tempat popular menjual keropok lekor di Dungun ialah :

 

1. KEROPOK SRI SURA

Jalan Pantai Sekolah Sura 23000 Dungun, Terengganu

Menjual makanan sejuk beku seperti Satar ikan goreng,keropok lekor dan sebagainya. Jika Anda Keinginan Untuk Merasa Keropok Lekor Terbaik Di Dungun,Sila Cari Kedai Keropok Seri Sura. Hanya Mencari Papan Tanda Hijau Di Pantai Dungun.

 

 

2. KEROPOK DUNGUN

No. 118B, Jalan Baru Pak Sabah, 23000 Dungun, Terengganu 

Menjual keropok lekor dan pelbagai jenis keropok keping dari ikan tamban, ikan tongkol, ikan parang, keropok sotong, keropok udang, keropok bawang, keropok segera dan pelbagai hasil laut seperti ikan kering, udang kering, sotong kering (besar/kecil), satay ikan, beraneka budu dan sos pencicah, pelbagai jenis kerepek ubi, pisang dan lain-lain...

  

  

 

3. KEROPOK HOUSE DUNGUN GALLERY

MDD 156, Kg Kuala Abang, 23050,Dungun,Terengganu

Produk Ikan Dan Hasil Laut Berasaskan Stevia

1.Keropok Lekor [Tradisi / Lekor Sejuk Beku / Lekor Cheese]

2.Keropok Ikan [Tamban]

3.Keropok Sotong

4.Keropok Udang

5.Sos Pencicah Keropok