Pengenalan Dashboard

Dashboard merupakan satu aplikasi khas yang dibina untuk kegunaan komuniti setempat di sekitar Pusat Internet  (PEDI). Ia mengambil kira keperluan komuniti setempat dari segi perhubungan, pembelajaran, perniagaan, kesihatan dan juga pentadbiran. Penggunaan aplikasi ini diharapkan dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi setempat dan secara tidak langsung dapat merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dengan luar bandar.

 

Faedah Dashboard

~ Menyediakan pengisian kandungan maklumat kepada komuniti tempatan.

~ Menjadi tempat mendapatkan maklumat komuniti terkini.

~ Menjadi tempat proses jual beli barangan secara atas talian.

~ Membantu proses pembelajaran pelajar.

~ Menyediakan saluran komunikasi antara komuniti dan penguatkuasa tempatan.

~ Menyediakan satu saluran pihak sekolah untuk mendekati komuniti.

~ Menyediakan tempat pemeriksaan tahap kesihatan komuniti setempat.

 

Cara Akses Ke Dashboard

~ Pergi ke mana-mana PEDI kendalian TM yang berdekatan dengan anda.

~ Mendaftarkan diri sebagai ahli PI atau pengunjung.

~ Log masuk ke komputer PIatau pergi ke Laman sesawang Dashboard iaitu http://dashboard.pjk.com.my/

~ Pasangkan Aplikasi Mudah Alih Dashboard bagi pengguna Android versi 4.0 dan ke atas.

 

Senarai Modul Pada Dashboard

 

1 ) MY KOMUNITI

~ Ruangan untuk penduduk tempatan menyiarkan dan membaca perkara yang berlaku di komuniti setempat.

 

2) MY SOAL

~ Menyediakan ruangan untuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Daerah, Ketua Kampung, dan Jawatankuasa       Kemajuan Kampung (JKKK) di komuniti tersebut menyebarkan maklumat kepada penduduk setempat.

~ Menyediakan ruangan untuk komuniti setempat membuat aduan atau pertanyaan kepada PBT.

~ PBT hanya boleh membuat hebahan kepada komuniti di bawah pentadbiran mereka sahaja.

~ PBT yang mempunyai lebih daripada satu PEDI di bawah pentadbiran mereka (seperti Majlis Daerah dan ADUN) akan dapat membuat hebahan secara serentak kepada semua komuniti tersebut.

~ Segala pertanyaan dan aduan pengguna kepada PBT serta jawapan yang diberikan oleh PBT adalah sulit dan tidak didedahkan kepada umum.

~ Pengguna boleh memilih mana-mana PBT yang mentadbir kawasan mereka untuk menghantar segala aduan atau pertanyaan.

 

3 ) MY HEALTH

~ MyHealth adalah satu aplikasi kesihatan yang boleh digunakan di PEDI.

~ Aplikasi ini dihubungkan dengan peralatan yang disediakan di setiap PEDI iaitu:

~ Mini iPad – Dipasangkan aplikasi i-Health yang digunakan untuk mengawal Peranti i-Health.

~ Peranti PemantauanTekanan Darah i-Health Tanpa Wayar – pemantauan tekanan darah dengan ciri-ciri automatic untuk kegunaan mudah.

~ Keputusan daripada pemeriksaan kesihatan akan direkod ke pelayan i-Health.

~ Pengguna boleh melihat keputusan pada halaman Website Dashboard MyHealth atau di atas Dashboard Mobile App.

 

4 ) MY SKOOL

~ Menyediakan ruangan untuk pihak sekolah yang berdekatan dengan PEDI menyalurkan maklumat kepada komuniti setempat.

~ Pihak sekolah yang mempunyai pelajar dari PEDI yang berlainan boleh menghantar maklumat kepada komuniti yang terlibat. Sebagai contoh,”Kelas Tambahan”, Hari Terbuka Sekolah, atau informasi mengenai aktiviti sekolah.

 

5 ) MY SHOP

~ Menyediakan ruangan dan peluang untuk mengiklankan produk usahawan tempatan di aplikasi Dashboard dan memasarkan produk mereka kepada komuniti setempat

~ Aplikasi Myshop hanya mengiklankan produk . Applikasi ni adalah seperti laman sesawang Mudah (www.mudah.my)

~ Terdapat penambaikan sedang dilakukan untuk memasukkan transaksi secara on-line diantara Pembeli dengan Penjual, seperi laman sesawang Lelong (www.lelong.com.my) – dengan kerjasama Telekom Malaysia, fungsi Payment Gateway

~ Individu yang ingin mendaftar sebagai Penjual perlu mendaftarkan di PEDI yang terdekat untuk pengiklanan Produk

~ Setiap pengiklanan Produk perlu mendapat kelulusan dari pada Petugas PEDI, dimana mereka akan menyemak iklan yang ingin dimasukkan sebelum membenarkan produk  tersebut dipamerkan ke aplikasi Dashboard dan Portal My Shop.

 

# Untuk keterangan lanjut, anda dijemput ke Pusat Ekonomi Digital (PEDI) Kampung Padang Jambu dan kami akan menerangkan dengan lebih terperinci mengenai penggunaan dashboard.