BELAJAR INTERNET (PEMBELAJARAN)

NAMA

: NURULJANNAH BINTI CHEK MUSA

UMUR

: 16 TAHUN

AHLI

: 2021

Latar belakang

Nuruljannah Binti Chek Musamerupakan pelajar tingkatan 4. Beliau ke Pusat Internet Padang Jambu untuk tujuan menggunakan komputer dan internet untuk belajar secara atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Nuruljannah sentiasa datang ke Pusat Internet,tetapi hanya untuk menggunakan komputer untuk melayari facebook dan media sosial yang lain. Setelah mengikuti satu kelas pembelajaran di Pusat Internet, dia amat berminat membuat ulangkaji pembelajaran secara online dan menggunakan Microsoft Office untuk membuat kerja-kerja kursus..

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Nuruljannah menggunakan kemudahan internet di Pusat Internet dengan kawan-kawannya. Dia menggunakan laman web pembelajaran dan kemudahan internet untuk mencari bahan pembelajaran dan untuk belajar secara atas talian.