PENIAGA MAKANAN BERKONSEP KOREAN FOOD

NAMA

: ROFIZA BINTI ABU BAKAR

UMUR

: 35 TAHUN

AHLI

: 2018

Latar belakang

Puan Rofiza merupakan seorang usahawan pencuci mulut dan makanan berkonsepkan “Korean food” yang memulakan perniagaan pada tahun 2017. Perniagaan tersebut hanyalah secara suka-suka untuk mengisi masa yang terluang selepas diberi keyakinan oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Promosi yang dijalankan beliau terhad kepada ahli keluarga dan kenalan terdekat sahaja.Penggunaan ICT pada masa sekarang amat diperlukan bagi memudahkan kerja promosi dan jualan. Jumlah pendapatan daripada beberapa puluh sahaja dapat ditingkatkan sehingga ratus ringgit.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas Latihan Keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Binjai Bongkok, beliau mendapat pencerahan yang lebih jelas cara-cara untuk meningkatkan jualan produk beliau melalui kemudahan internet dan cara-cara mempromosi produk dengan lebih efisien. Pusat Internet juga mendedahkan kepada beliau cara-cara membuat kertas kerja untuk mendapatkan status produk halal oleh pihak Jakim dan Rancangan Perniagaan. Beliau turut didedahkan kaedah promosi yang boleh dijalankan menerusi Dashboard Komuniti MyShop, Facebook, Instagram dan WhatsApp yang mana ianya dapat memudahkan para pelanggan untuk mengetahui maklumat-maklumat mengenai perniagaan beliau