MERUPAKAN AGEN PRODUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN

NAMA

: NOOR ASYIKIN BINTI ZAHARI

UMUR

: 24 TAHUN

AHLI

: 2020

Latar belakang

Perniagaan online berasaskan produk kecantikan dan kesihatan ( Dropship ). Memulakan perniagaan secara online pada tahun 2019. Minat yang mendalam membuatkan beliau ingin mencuba menjadi dropship produk kecantikan dan kesihatan menggunakan platform laman sosial Facebook. Setelah hampir setahun,perniagaan beliau mula berkembang. Kini beliau menjadi salah 1 agen untuk produk tersebut. Beliau berjinak-jinak dalam perniagaan ini setelah banyak manfaat kesihatan dan kecantikan yang diperoleh beliau selain menambah pendapatan sampingan

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Promosi yang dijalankan beliau terhad kepada ahli keluarga dan kenalan terdekat sahaja.Penggunaan ICT pada masa sekarang amat diperlukan bagi memudahkan kerja promosi dan jualan. Jumlah pendapatan daripada beberapa puluh sahaja dapat ditingkatkan sehingga ratus ringgit.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan ilmu dan teknologi, beliau mempromosikan perniagaan secara online, melalui media sosial Facebook. Selepas melibatkan diri dengan program dan kelas yang dianjurkan oleh PI, seperti Kelas Ms Office, perbankan Online, laman social FB, dan dashboard My Shop,serta kelas E-shopee, ilmu berkaitan perniagaan atas talian dapat dipelajari. Dengan perniagaan online promosi. Pendapatan dapat ditingkatkan sebanyak 70% dengan penggunanan teknologi.