MERUPAKAN STOKIS NUR SUSU KAMBING IMTIYAZ

NAMA

: NORAZLINA AZEH

UMUR

: 40 TAHUN

AHLI

: 2018

Latar belakang

Puan Norazlina merupakan Stokis Nur Susu Kambing Imtiyaz. Nur susu Kambing adalah susu kambing di dalam bentuk serbuk di dalam kotak 500 gm yang sesuai di minum bermula bayi seawal 1 tahun ke atas hingga warga tua.Beliau turut mencari agent Nur susu kambing di seluruh negeri.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebagai usahawan, beliau mempromosi perniagaan melalui mulut ke mulut , persatuan peniaga dan pelanggan tetap. Promosi melalui media social hanya dibuat dengan bantuan anak. Menurut Puan Norazlina, sebelum ini dia sememangnya kurang mahir dalam penggunaan komputer, dan juga kurang mahir bagaimana untuk menggunakan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau ke Pusat Internet Kg Padang Jambu dengan mengikuti kawannya ke program yang telah dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Padang Jambu dan disitulah dia mendapat pendedahan bagaimana cara untuk mempromosikan perniagaannya secara online dengan lebih efektif. Beliau juga sudah mahir menggunakan komputer.Beliau mula berjinak untuk mempromosikan perniagaan melalui facebook.