MENJALANKAN PERNIAGAAN MENJUAL DAN MEMBEKAL PERALATAN DAPUR

NAMA

: WAN KASMAWATI BINTI WAN HUSAIN

UMUR

: 58 TAHUN

AHLI

: 2018

Latar belakang

Puan Wan Kasmawati menjalankan Perniagaan menjual dan membekal peralatan dapur seperti set pinggan mangkuk, bekas buffet kahwin, periuk serta menjual “doorgift” untuk perkahwinan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Wan Kasmawati kurang pengetahuan dalam mengendalikan promosi jualan di Facebook dan atas talian. Beliau datang ke PI untuk belajar dan mengambil kursus komputer dalam meningkatkan kemahiran beliau dalam ict untuk meningkatkan pendapatan beliau dan memajukan bisnes beliau

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau menghadiri Kelas Keusahawanan selama beberapa hari untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan disamping mempelajari strategi yang lebih efektif untuk memasarkan produk beliau.Beliau turut memuatnaik produk ke dalam Dashboard Komuniti (My Shop) untuk mempelbagaikan lagi medium pemasaran beliau.Beliau berharap program sebegini perlu diberi penekanan khusus dan perlu di pertingkatkan dari masa ke semasa kerana umumnya pengetahuan mengenai komputer sangat terhad dari segi tenaga pengajar dan juga kekangan masa. Justeru itu, peniaga seperti beliau akan didedahkan secara mendalam melalui program dan kelas yang diadakan.