BELAJAR INTERNET (MEMASUKKAN DATA KERJA MENGGUNAKAN SISTEM ONLINE)

NAMA

: ZULKIFLI BIN JUSOF

UMUR

: 55 TAHUN

AHLI

: 2015

Latar belakang

Encik Zulkifli merupakan penolong pegawai di Pejabat Pertanian Dungun. Beliau ke Pusat Internet Padang Jambu untuk tujuan menggunakan komputer dan internet untuk mengisi data pertanian secara atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Encik Zulkifli memang kurang mahir dalam menggunakan perisian Microsoft Office tetapi tahu serba sedikit dalam penggunaan internet. Beliau sangat berminat untuk mempelajari ilmu ICT dengan lebih mendalam lagi. Beliau sedar ilmu tersebut perlu ada untuk masa akan datang memandangkan sesetengah urusan kerja sekarang ini kebanyakannya melalui online.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas kerap kali datang untuk membuat pengisian data kerja dengan bantuan petugas Pusat Internet Kg Padang Jambu kini Encik Zulkifli mahir dalam penggunaan komputer. Selain itu, beliau juga didedahkan bagaimana untuk Klik dengan bijak iaitu keselamatan semasa melayari internet. Beliau boleh menggunakan computer sendiri tanpa bantuan petugas Pusat Internet untuk mengisi data-data kerja beliau.