NAMA

: WAN NUR FARAH AIN BT WAN AHMAD

UMUR

: 24 TAHUN

AHLI

: 2018

Latar belakang

Farah Ain merupakan seorang pelajar Universiti Malaysia Sarawak dan mula berniaga sebagai agen dropship secara kecil-kecilan sambil mengisi masa lapang serta menambahkan pendapatan untuk menampung perbelanjaan dalam pembelajaran.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan bersama PI, beliau menjalankan urusan berniaga secara kecil kecilan di university dan sahabat handal. Beliau juga ada memasarkan produk menerusi Facebook namun kurang mendapat sambutan kerana tiada strategi berkaitan promosi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mengikuti kelas serta program yang diadakan di Pusat Internet, serta mempelajari pelbagai ilmu yang lebih mendalam mengenai kelebihan menggunakan kemudahan internet yang sedia ada.Melalui program dan kelas yang diikuti, beliau mendapat banyak ilmu pengetahuan ICT. Beliau didedahkan mengenai kebaikan dan keburukan menggunakan internet serta penggunaan internet secara lebih berhemah.Beliau didedahkan Dashboard Komuniti PI dan turut memuatnaik produk ke dalam Dashboard Komuniti My Shop. Beliau menjadikan Dashboard Komuniti My Shop sebagai medium utama bagi memasarkan produk beliau.