BELAJAR INTERNET (UNTUK URUSAN SECARA ONLINE)

Nama

: ZAHARAH BT LONG

Umur

: 57 TAHUN

Ahli

: 2016

Latar belakang

Pn. Zaharah merupakan Guru Tabika Kemas di Dungun, Terengganu. Beliau ke Pusat Internet Padang Jambu untuk tujuan mempelajari mengenai cara menggunakan komputer dan internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dalam program yang dijalankan di Pusat Internet Kg Padang Jambu Puan Zaharah memang kurang mahir dalam menggunakan perisian Microsoft Office tetapi tahu serba sedikit dalam penggunaan internet. Beliau sangat berminat untuk mempelajari ilmu ICT dengan lebih mendalam lagi. Beliau sedar ilmu tersebut perlu ada untuk masa akan datang memandangkan sesetengah urusan sekarang ini kebanyakannya melalui online.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas kerap kali mengikuti kelas atau program yang dijalankan di Pusat Internet Kg Padang Jambu kini Puan Zaharah mahir dalam penggunaan komputer. Selain itu, beliau juga didedahkan bagaimana untuk Klik dengan bijak iaitu keselamatan semasa melayari internet. Beliau kini sedar, sebagai seorang guru beliau perlu mengambil tahu @ cakna dengan serius akan perkara ini untuk kebaikan anak-anak didiknya.