MENJALANKAN PERNIAGAAN MEMBUAT COOKIES, KUIH & KEK

Nama

: TENGKU HASLINA BT TENGKU HASSAN

Umur

: 40 TAHUN

Ahli

: 2018

Latar belakang

Puan Haslina menjalankan perniagaan membuat kuih di rumahnya dan beliau menerima tempahan untuk majlis-majlis. Beliau mempromosikan perniagaan beliau di facebook dan kenalan-kenalan terdekat mempromosikan kuih dan makanan beliau kepada umum.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Haslina kurang pengetahuan dalam mengendalikan promosi jualan di Facebook dan atas talian. Beliau datang ke PI untuk belajar dan mengambil kursus komputer dalam meningkatkan kemahiran beliau dalam ict untuk meningkatkan pendapatan beliau dan memajukan bisnes beliau

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Facebook beliau sudah diwujudkan dan pelbagai gambar mengenai produk beliau dimasukkan dan promosi-promosi di buat untuk menarik perhatian para pelanggan khususnya masyarakat sekeliling. Beliau juga belajar promosi melalui My Shop.

.....................................................................................................................................................................................

MENJUAL CADAR, PINGGAN MANGKUK,MAKANAN KESIHATAN DAN MAKANAN FROZEN

Nama

: SAPINAH BINTI MUSTAFA

Umur

: 54 TAHUN

Ahli

: 2014

Latar belakang

Puan Sapinah menjual cadar,pinggan mangkuk, makanan kesihatan dan makanan sejukbeku (frozen).

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebagai usahawan, beliau mempromosi perniagaan melalui mulut ke mulut , persatuan peniaga dan pelanggan tetap. Menurut Puan Sapinah, sebelum ini dia sememangnya kurang mahir dalam penggunaan komputer, dan juga kurang mahir bagaimana untuk menggunakan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau ke Pusat Internet Kg Padang Jambu dengan mengikuti kawannya ke program yang telah dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Padang Jambu dan disitulah dia mendapat pendedahan bagaimana cara untuk mempromosikan perniagaannya secara online dengan lebih efektif. Beliau juga sudah mahir menggunakan komputer.Beliau mula berjinak untuk mempromosikan perniagaan melalui facebook.