STOKIS JUALAN LANGSUNG (AN MAJU TRADING)

Nama

: ROHANI BINTI BAKDIN

Umur

: 52 TAHUN

Ahli

: 2018

Latar belakang

Puan Rohani merupakan pemilik stokis AN Maju Trading. Stokis milik Puan Rohani menjual barangan jualan langsung (Oli Collection). Antaranya ialah cadar, membekal cadar asrama, homestay, pinggan mangkuk dan lain-lain. Juga menerima tempahan barang-barang hadiah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Rohani kurang pengetahuan dalam mengendalikan promosi jualan di Facebook dan atas talian. Beliau datang ke PI untuk belajar dan mengambil kursus komputer dalam meningkatkan kemahiran beliau dalam ict untuk meningkatkan pendapatan beliau dan memajukan bisnes beliau

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Facebook beliau sudah diwujudkan dan pelbagai gambar mengenai produk beliau dimasukkan dan promosi-promosi di buat untuk menarik perhatian para pelanggan khususnya masyarakat sekeliling. Beliau juga belajar promosi melalui My Shop.

.....................................................................................................................................................................................

MENJUAL PELBAGAI JENIS REMPAH RATUS TURUN TEMURUN

Nama

: MERIAM SINI MOHAMED

Umur

: 56 TAHUN

Ahli

: 2018

Latar belakang

Puan Meriam mula berniaga sekitar tahun 1982 dan bertapak di Pasar Besar Dungun. Menjual Rempah Ratus Turun-Temurun. Kami Menjual Rempah Nasi Dagang,Gulai Kampung, Gulai Kawah, Rempah Sate, Rempah Dalca, Rempah Bbq Dan Pelbagai Lagi. Juga Menyediakan Rempah Untuk Kenduri-Kendara Dan Menyediakan Pes Untuk Masakan Segera.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebagai usahawan sepenuh masa, beliau mempromosi perniagaan melalui mulut ke mulut , persatuan peniaga dan pelanggan tetap.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mula berjinak untuk mempromosikan perniagaan melalui Instagram dan facebook. Sambutan yang diterima amat memberansangkan dan perniagaan semakin dikenali.