BELAJAR INTERNET (UNTUK URUSAN SECARA ONLINE)

Nama

: FAUZIAH BINTI HAMZAH

Umur

: 58 TAHUN

Ahli

: 2009

Latar belakang

Pn. Fauziah merupakan Guru Tabika Kemas SriJaya, Dungun, Terengganu. Beliau ke Pusat Internet Padang Jambu untuk tujuan mempelajari mengenai cara menggunakan komputer.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum melibatkan diri dalam program yang dijalankan di Pusat Internet Kg Padang Jambu Puan Fauziah memang kurang mahir dalam menggunakan perisian Microsoft Office tetapi tahu serba sedikit dalam penggunaan internet. Beliau sangat berminat untuk mempelajari ilmu ICT dengan lebih mendalam lagi. Beliau sedar ilmu tersebut perlu ada untuk masa akan datang memandangkan sesetengah urusan sekarang ini kebanyakannya melalui online.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas kerap kali mengikuti kelas atau program yang dijalankan di Pusat Internet Kg Padang Jambu kini Puan Fauziah mahir dalam penggunaan komputer. Selain itu, beliau juga didedahkan bagaimana untuk Klik dengan bijak iaitu keselamatan semasa melayari internet. Beliau kini sedar, sebagai seorang guru beliau perlu mengambil tahu @ cakna dengan serius akan perkara ini untuk kebaikan anak-anak didiknya